web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kembangkan Kemahiran Berniaga Dalam Talian Dengan Bengkel Keusahawan Ini!

Sempena Hari Wanita Sedunia 2022, Exabytes melancarkan ‘Accelerate Women Entrepreneurship 2022’.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 8:48AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Exabytes, penyedia perkhidmatan e-dagang dan perniagaan digital terkenal di Asia Tenggara terus memperkasakan golongan wanita menerusi Accelerate Women Entrepreneurship 2022.

Bengkel dalam talian ini bermatlamat untuk mengajar kira-kira 200 usahawan wanita dari Malaysia dan Singapura sempena Hari Wanita Sedunia 2022.

Inisiatif mulia ini disokong oleh EXCO Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Chong Eng yang turut hadir pada sidang media secara maya.

Dengan slogan #WomenWeCan, ia akan berlangsung untuk tahun kedua sehingga Jun 2022 ini.

Chong Eng
Chong Eng

Bengkel ini ialah satu kesinambungan kepada usaha untuk memesatkan penerimaan teknologi digital dalam kalangan pemilik-pemilik perniagaan wanita.

“Ia selari dengan aspirasi kami untuk menyokong usaha yang memperkasakan golongan wanita, sekali gus merancakkan perkembangan ekonomi kita.

“Kami menyedari inisiatif ini satu kejayaan yang amat menggalakkan pada tahun lalu, justeru kami yakin ia akan membuahkan hasil yang lebih besar kepada golongan wanita pada tahun ini.

“Saya gembira melihat golongan wanita berpeluang untuk memajukan perniagaan dalam talian mereka.

“Dengan inisiatif-inisiatif seperti ini, kita dapat memastikan peluang yang sama rata diberikan kepada lelaki dan juga wanita,” ucap Eng.

Chan Kee Siak, Pengasas Exabytes
Chan Kee Siak, Pengasas Exabytes

Usaha bagi menggalakkan lebih ramai wanita untuk menceburi bidang keusahawanan mula membuahkan hasil dengan peningkatannya di Malaysia dan Singapura.

Namun, walaupun mereka semakin mendapat pengiktirafan sebagai salah satu pemain penting dalam arena keusahawanan, bilangan mereka masih lagi kecil berbanding usahawan lelaki.

“Selari dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #BreakTheBias, bengkel ini bermatlamat untuk mempromosikan kesaksamaan taraf antara lelaki dan wanita.

“Selain itu, ia juga dijangka akan menggalakkan aspek jaminan kewangan dalam kalangan suri rumah yang menceburi bidang perniagaan dalam talian ini.

“Langkah ini diharapkan dapat menyuntik keyakinan dalam diri mereka untuk berniaga sambil menjalani kehidupan normal mereka,” ujar Pengasas Exabytes,Chan Kee Siak.

 Antara panel penceramah, Acid Yong, Ketua Eksekutif Korea Wallpaper
Antara panel penceramah, Acid Yong, Ketua Eksekutif Korea Wallpaper

Exabytes berpengalaman membantu lebih 160,000 perniagaan yang berkembang secara dalam talian selama 21 tahun.

Ia meneruskan misinya untuk merancakkan lagi semangat keusahawanan dalam kalangan wanita bagi mereka mendepani cabaran dalam perniagaan dalam talian.

Tahun lalu, Exabytes berjaya melahirkan 100 usahawan wanita dengan laman web perniagaan dan kedai dalam talian yang melibatkan RM350,000 di Malaysia.

Berbeza dengan tahun lalu, kali ini usahawan-usahawan wanita yang terlibat akan berpeluang membina laman web mereka sendiri dengan dua modul secara percuma.

Layari Exabytes untuk maklumat lanjut. Getaran, 11 Mac 2022

Gambar: Exabytes

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden