web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wan Ashraf Bawa Kucing Dan Arnab Harungi Banjir Guna Kolam Plastik

Seorang pemilik haiwan terpaksa menggunakan kolam plastik sebagai pelampung untuk menyelamatkan haiwan peliharaannya selepas kediamannya dinaiki air.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 4:46PM

Gambar: Noornasrin Salsabila Othman, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang penduduk di kawasan perumahan Taman Wira Jaya dekat Lubuk Jong, Pasir Mas, terpaksa menggunakan kolam plastik bersaiz besar yang dijadikan sebagai pelampung untuk menyelamatkan haiwan peliharaannya daripada mati kelemasan selepas kediamannya dinaiki air, sejak petang semalam. 

Pemilik haiwan berkenaan, Wan Ashraf Wan Salam, 26, berkata tindakan terdesak itu terpaksa dilakukannya kerana bimbang tiga ekor kucing dan tiga ekor arnab akan mati lemas sekiranya tidak diselamatkan.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana nasib haiwan-haiwan peliharaan saya ini sekiranya terkandas akibat banjir dan tidak diselamatkan.

"Tanpa berfikir panjang saya terus mengepam kolam plastik yang ada di dalam rumah ini untuk dijadikan pelampung bagi menyelamatkan semua haiwan kesayangan saya," katanya ketika ditemui Bernama dekat Lubuk Jong, di sini hari ini.

Wan Ashraf berkata beliau akan membawa kesemua haiwan itu bersama untuk menumpang buat sementara waktu di rumah adiknya, Wan Shahidan, 23, dekat Kampung Wakaf Bharu di Kota Bharu.

“Saya tidak menyangka hujan lebat kali ini telah menyebabkan banyak kawasan dinaiki air dengan cepat sehingga menyebabkan ada jiran-jiran saya tidak sempat untuk meletakkan barang-barang berharga di tempat yang lebih tinggi dan selamat,” katanya.

Seorang lagi penduduk di kawasan tersebut, Norazila Jana, 38, pula berkata lima ekor kucing miliknya telah diletakkan di dalam sangkar terlebih dahulu selepas beberapa rumah telah dimasuki air kerana hujan lebat.

"Jika memikirkan tentang kelengkapan rumah dan lain-lain ia amat menyedihkan tetapi saya bersyukur kerana keluarga dan haiwan peliharaan saya dapat diselamatkan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden