web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buat Ujian Kendiri COVID-19 Sebelum, Selepas Balik Bercuti

Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 4:14PM

Gambar Hiasan, Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keterujaan orang ramai untuk pulang ke kampung dan bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, tidak sepatutnya membuatkan mereka alpa tentang kepentingan memastikan tahap kesihatan mereka, ketika negara masih berhadapan pandemik COVID-19.

Malah Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologi Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar mengingatkan orang ramai supaya bersikap jujur, dengan melakukan ujian kendiri sekiranya mengalami gejala COVID-19 sebelum memulakan sebarang perjalanan.

Beliau juga menyarankan agar mereka yang tidak bergejala turut juga berbuat demikian, mengambil kira situasi COVID-19 yang masih menular termasuk gelombang varian Omicron.

“Sekarang ini walaupun kes COVID-19 meningkat tetapi kebanyakannya dalam kategori satu dan dua, apa pun yang penting sebelum balik kampung atau hendak bercuti ke mana-mana, pastikan anda lengkapkan vaksinasi termasuk dos penggalak, pemakaian pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal.

“Selain itu, ujian kendiri juga boleh dilakukan sebelum bergerak ke sesuatu destinasi dan selepas pulang dari tempat berkenaan, terutamanya kawasan berisiko tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Tambahnya adalah lebih baik sekiranya mereka yang bergejala dapat duduk di rumah dan tidak ke mana-mana bagi mengurangkan risiko.

Berkongsi pandangan sama, pakar kesihatan awam (epidemiologi dan biostatistik) dari Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Malina Osman berkata mereka yang akan menerima tetamu juga wajar melakukan ujian kendiri.

“Mereka yang ingin ziarah mak ayah disarankan juga untuk memastikan ibu bapa mereka telah mengambil dos penggalak. Ambil juga peluang pembukaan pusat pemberian vaksin secara jumpa terus untuk mendapatkan dos penggalak.

“Selain itu, elakkan aktiviti berkumpul dalam jumlah yang sangat ramai, kerana kita perlu akui kes baharu dalam pola meningkat ketika ini dan ini bukan sahaja dialami negara kita bahkan negara lain,” katanya.

Gambar Hiasan, Bernama
Gambar Hiasan, Bernama

Katanya orang ramai masih perlu berhati-hati dan langkah pencegahan awal adalah lebih baik, bagi mengelakkan ledakan kes baharu COVID-19.

Kes baharu COVID-19 dalam negara terus meningkat untuk empat hari berturut-turut dengan 5,522 kes dilaporkan pada hari Jumaat (28 Januari).

Rabu lepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata gelombang penularan varian Omicron sudah bermula di negara ini dan dijangka menyebabkan jumlah kes COVID-19 meningkat.

Beliau bagaimanapun berkata, ketika ini gelombang jangkitan virus itu terkawal kerana kadar vaksinasi di negara ini adalah tinggi. - Bernama

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Jom Rakam Kenangan Di Kwai Chai Hong Sempena Tahun Baharu Cina 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden