Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


4 ‘Pelindung’ Pandemik Yang Anda Harus Miliki

Kami senaraikan beberapa produk yang wajar ada demi membantu menentang pandemik COVID-19.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 6:20PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penghujung 2021 semakin menghampiri dan jika dihitung, seluruh dunia sudah dibelenggu wabak COVID-19 hampir dua tahun. 

Sungguhpun kita belum bebas sepenuhnya daripada pandemik durjana ini, namun kita sudah diajar berhadapan dengannya sebagai sebuah endemik.

Banyak langkah-langkah yang sudah kita amalkan hari ini dan dianggap sebagai norma baharu kehidupan. 

Selain beberapa aktiviti fizikal yang perlu diamalkan, terdapat juga banyak produk yang diperkenalkan demi membantu kita semua melindungi diri dari virus yang boleh mengancam nyawa ini.

Minggu ini kami senaraikan beberapa produk yang wajar ada yang boleh dijadikan ikhtiar demi membantu mengalahkan virus COVID-19.

 

Pembasmi Kuman (Sanitizer)

Gambar : Ihsan Takexco Malaysia Sdn Bhd
Gambar : Ihsan Takexco Malaysia Sdn Bhd

Barangkali antara produk teratas dalam senarai keperluan yang harus ada masa kini. Pembasmi kuman atau sanitizer merupakan bahan asas dalam melindungi diri daripada wabak COVID-19 dan kuman secara umum.

Oleh kerana mencuci tangan dianggap cara termudah untuk melawan dan membasmi virus COVID-19, pembasmi kuman diperkenalkan kepada penduduk dunia pada skala yang lebih besar dengan harapan dapat mengurangkan jangkitan yang merebak melalui sentuhan.

Selain pembasmi kuman yang boleh disembur pada tangan banyak juga pembasmi kuman yang boleh disembur pada objek persekitaran seperti dinding, meja dan seumpamanya.

 

Pelitup Muka Dengan Bahan Anti Mikrob

Gambar : Ihsan Oura
Gambar : Ihsan Oura

Oleh kerana virus COVID-19 mudah merebak melalui udara, pelitup muka merupakan satu lagi perisai yang menjadi kebiasaan pada hari ini.

Malah kita disaran untuk menggunakan pelitup muka yang menepati fungsi menghalang penularan COVID-19.

Antara pelitup muka yang dianggap inovatif termasuk produk-produk Oura yang diperbuat daripada tiga lapisan fabrik gred perubatan yang ditenun kemas dan digabungkan secara kekal dengan bahan anti mikrob.

Malah pelitup muka Oura ada yang menggabungkan bahan-bahan anti mikrob secara terus ke dalam setiap serat fabrik bagi membolehkan ia membunuh patogen, menyahaktifkan zarah virus, menghapuskan bau dan paling penting mensterilkan pelitup muka walaupun selepas dibasuh berulang kali.

Pelitup muka Oura turut diperbuat daripada fabrik hipoalergenik yang mengekang potensi berlakunya masalah jerawat akibat pemakaian pelitup muka.

Selain itu, ia juga telah diuji oleh makmal-makmal bebas dan disahkan mampu menapis 99.9 peratus bakteria, virus dan zarah bersaiz 0.1 mikro meter. 

 

Salutan Cat Anti Virus Nippon Paint 

Gambar : Ihsan Nippon Paint Malaysia
Gambar : Ihsan Nippon Paint Malaysia

Salah satu inovasi terbaharu dalam melawan COVID-19. Setelah pembasmi kuman dan berbagai lagi produk diperkenalkan, kita dipertemukan pula dengan cat yang mungkin boleh membantu kita mengharungi situasi pandemik dengan lebih selamat.

Tampil dalam dua penyelesaian salutan cat anti virus dan anti bakteria tambahan, produk terbaharu dari Nippon dengan formula yang dipertingkatkan iaitu rangkaian Spot-less Plus dan Vinilex Fresh Plus telah dihasilkan untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit termasuk COVID-19 (SARS-Cov-2).

Dirumus dengan Teknologi Ion Perak, salutan cat anti virus dan anti bakteria Nippon yang baru dipertingkatkan ini boleh memusnahkan mikrob dengan keberkesanan yang tinggi dan terbukti daripada laporan ujian makmal oleh Antimikrob R&D dan Makmal Analisis Biosidal, yang mana 99.9% berkesan terhadap virus dan bakteria berbahaya pada permukaan yang dicat.

Teknologi ini menghalang penyebaran virus dan bakteria melalui pendekatan tiga langkah - memusnahkan virus dan dinding sel bakteria atau membran menjadikannya tidak berfungsi, mengurangkan keupayaan pembiakan mereka dan menghalang kelangsungan hidup mereka yang akhirnya menyebabkan kematian virus dan bakteria.

 

Sabun dan Bahan Mandian Anti Bakteria Duck & Panda Against 24

Gambar : Ihsan Duck & Panda Body Wash Against 24
Gambar : Ihsan Duck & Panda Body Wash Against 24

Kini ada banyak produk penjagaan kebersihan yang memberi perlindungan anti bakteria sehingga 24 jam.

Antaranya, barangan keluaran jenama Against 24 yang memperkenalkan rangkaian produk Duck & Panda yang mengandungi bahan utama seperti ion perak (Ag+), bahan anti bakteria yang berupaya menentang dan menghapuskan 99.99% mikroorganisma utama dalam masa 30 saat.

Produk keluaran jenama ini juga tidak menyebabkan pencemaran, tidak toksik, PH 5.5, lembut pada kulit serta memberikan perlindungan anti-bakteria pada permukaan sehingga 24 jam.

Malah produk ini sesuai untuk semua jenis kulit dan usia kerana boleh didapati dalam rangkaian untuk dewasa dan kanak-kanak. Rangkaian produk yang sesuai untuk seisi keluarga ini termasuk cucian badan, pencuci tangan, syampu bayi dan mandian bayi.

Siri produk ini turut memberikan kesan pembersihan tiga kali ganda dengan formula perlindungan anti bakteria 24 jam, buih tebal dan lembut yang bukan sahaja membantu membersihkan tangan anda dan menghapuskan bakteria, tetapi juga membuat tangan anda terasa lembut dan selicin sutera. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Jelajah 7 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY