web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perihal Menegur, Ini Yang Perlu Anda Ambil Kira

Ada cara untuk kita menegur seseorang secara berhemah bagi mengelakkan kemarahan atau menggores hati seseorang.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 6:25PM

Gambar: Afif Kusuma, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menegur seseorang yang melakukan kesalahan adalah perkara biasa. Sudah menjadi lumrah, kadangkala manusia terlupa dan perlu diingatkan apabila melakukan sesuatu kesalahan. 

Namun bagaimanakah kita hendak menegur secara berhemah bagi mengelakkan kemarahan atau menggores hati seseorang?

Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang perlu anda ambil kira jika mahu menegur seseorang: 

 

Menegur Secara Lisan 

Ini yang paling sering kita lakukan, menegur secara lisan. Namun perlu diingatkan, kata-kata yang dilontarkan perlulah dengan nada yang rendah dan bersopan santun. Ia boleh membuat seseorang itu mahu mendengar dan memberi tumpuan kepada nasihat yang diberikan. 

Elakkan daripada menggunakan kata-kata yang kasar. Jika teguran terhadap seseorang individu tidak terkawal, ia mungkin akan menggores hati dan perasaan seseorang. Tambahan pula, ia boleh menimbulkan perasaan dendam dalam diri.

 

Ambil Kira Situasi

Pastikan anda menegur seseorang itu dalam situasi dan keadaan yang sesuai. Anda tenang, dia tenang. 

Pastikan juga anda sudah bersangka baik dengan rakan itu, bahawa kesilapan yang dilakukan memang tidak disengajakan. 

Jika boleh, janganlah menegurnya di hadapan orang ramai atau di ruangan yang padat dengan orang. 

Kita tidak mahu mengaibkan rakan yang ditegur itu. 

 

Kawal Emosi Ketika Menegur

Adakalanya mungkin perasaan geram dan marah dalam diri timbul apabila mendengar kata-kata yang mungkin kurang menyenangkan. 

Ramai yang gagal mengawal emosi ketika menegur dan ini boleh membangkitkan pergaduhan. Pastikan emosi anda sudah berada dalam kawalan, tenangkan diri kemudian barulah tindakan menegur dilaksanakan perlahan-lahan. 

Cara ini akan memberikan ketenangan kepada anda semasa mahu menegur seseorang.

 

Takut Dan Gugup, Tapi Perlu Menegur

Mungkin sesetengah individu mempunyai perasaan takut ingin menegur kesalahan seseorang. 

Bagi yang beragama Islam, anda disarankan untuk menggunakan doa ini sebelum melaksanakan teguran tersebut.

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Rabbku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha ayat 25-28)

Inilah doa yang yang dilakukan oleh Nabi Musa AS ketika bersemuka dengan Firaun untuk menasihatinya dan berhujah serta menyampaikan dakwahnya.

Jika mahu, buatlah nota kecil perbualan supaya teguran anda tepat dan sesi perbualan anda tidak menyimpang jauh. 

Semoga perkongsian ini membantu kita semua. Berhati-hatilah ketika menegur. - Getaran, 3 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Diminta Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Kempen

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jaga Adab, Akhlak Ketika Di Jalan Raya - Mohd Na’im

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Jaga Adab, Tutur Kata Ketika Ziarah Aidilfitri, Ini Panduan Boleh Diikuti…

4

TARA 3 tahun yang lalu

Adab Menyambut Hari Raya, 15 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN