web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Lengahkan Urusan Pembahagian Harta Pusaka - Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pengurusan harta pusaka orang Islam perlu ditadbir dengan cekap dan baik.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 3:53PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sikap melengah-lengahkan urusan pembahagian harta pusaka perlu dikikis dalam diri masyarakat kerana ia akan merugikan ekonomi umat Islam itu sendiri.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah pengurusan harta pusaka orang Islam perlu ditadbir dengan cekap dan baik supaya pihak yang layak akan mendapat haknya sepertimana yang telah ditentukan dalam hukum faraid.

"Menurut laporan akhbar negara, hampir RM70 bilion nilai harta pusaka dengan majoritinya milik orang-orang Melayu Islam di negara ini tidak dituntut sejak negara kita mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini," titah baginda ketika merasmikan Sistem Faraid Simple Tier (eFaST) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) secara dalam talian hari ini.

Mengenai sistem eFaST, iaitu satu kaedah pengiraan faraid selapis, baginda bertitah supaya ia dapat digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam negeri itu.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah sistem itu pastinya akan memudahkan waris untuk mendapatkan perintah faraid dalam tempoh masa yang lebih singkat.

"Inisiatif pewujudan aplikasi sistem eFaST ini juga diharap akan menjadi antara langkah awal ke arah pembangunan digital dan akan ada lebih banyak lagi usaha pendigitalan perkhidmatan yang lain diperkenalkan kelak," titah baginda.

Baginda juga menzahirkan harapan supaya JKSNPs akan terus mengorak langkah mencipta pembaharuan dalam penyampaian perkhidmatan yang akan memudahkan lagi rakyat untuk berurusan dengan Mahkamah Syariah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Main Puteri' Dipentaskan Di Festival De I'Imaginaire, Paris Pada 7 Jun

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Poster Mat Sabu Promosi Pelaburan Patuh Syariah Palsu, ‘Menteri Tak Pernah Izinkan’

4

TARA 3 tahun yang lalu

Penglipurlara Awang Batil Dari Perlis Buat Persembahan 3 Hari Di Singapura Mulai 19 Mei

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN