Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jika Kehilangan Pekerjaan, Jangan Terlalu Negatif

Pernahkah terlintas di fikiran jika anda kehilangan pekerjaan yang merupakan satu-satunya punca rezeki untuk anda dan keluarga? Bagaimanakah anda mahu menghadapinya?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 9:13AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini, memang banyak pihak yang terkesan. Antara impaknya ialah banyak syarikat perniagaan yang terpaksa gulung tikar atau memberhentikan sebahagian pekerjanya kerana tidak mampu lagi menanggung beban hutang yang semakin bertambah.

Pernahkah terlintas di fikiran jika anda kehilangan pekerjaan yang merupakan satu-satunya punca rezeki untuk anda dan keluarga? Bagaimanakah anda mahu menghadapinya? Semak info berikut untuk membantu anda mengharungi situasi tidak menyenangkan ini.

Ingat, jangan terlalu berfikiran negatif kerana bimbang ia boleh mengundang risiko kesihatan yang membahayakan seperti kemurungan.

 

1) Bersabar

Banyakkan bersabar kerana setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan ini mampu menjadikan seorang insan itu lebih kuat dan tabah.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud;

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Apabila Allah menguji manusia dengan sesuatu ujian, itu tandanya Allah sayang. Allah mahu anda sentiasa dekat kepada-Nya dengan memohon bantuan.

 

2) Muhasabah diri dan berdoa

Selain bersabar, anda juga boleh ambil peluang muhasabah diri. Adakah selama ini anda jujur dalam melakukan tugasan? Adakah anda pernah menganiaya individu lain demi kenaikan pangkat atau sebaliknya?

Kadangkala apa yang berlaku adalah kifarah. Ingat! Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. Allah juga telah berjanji, setiap perbuatan buruk atau dosa yang kita lakukan, pasti ada balasan. Jadi cubalah memperbetulkan diri dan banyakkan berdoa kepada Allah untuk mempermudahkan urusan. 

 

3) Berfikiran positif

Pastikan anda sentiasa kekal positif. Tanamkan dalam diri bahawa jika anda hilang pekerjaan, anda pasti akan mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada sebelum ini. 

Rezeki Allah itu luas dan anda harus percaya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Berusahalah dengan jalan sabar, tekun, bertanggungjawab dan bertawakal kepada Allah. 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 37). 

Jika usaha untuk makan gaji tidak berhasil, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecillan.

 

4) Dapatkan sokongan

Akhir sekali, setiap individu pasti memerlukan individu yang lain untuk menyokongnya. Selain sokongan daripada segi kewangan, yang paling penting sebenarnya adalah sokongan mental. 

Oleh itu, keluarga sangat memainkan peranan apabila ada ahli keluarga berhadapan masalah kehilangan pekerjaan. Bagi kata-kata semangat dan katakan kepada mereka yang anda akan sama-sama meringankan beban. 

Sekiranya perkara ini berlaku kepada diri sendiri, jangan sesekali malu atau segan untuk meminta bantuan dan sokongan.

 

Mohon bantuan PERKESO

Jika anda kehilangan pekerjaan tetap serta pernah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), inilah masanya untuk anda membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) daripada pertubuhan ini bagi meringankan beban. 

Selain mendapat elaun untuk mendapatkan pekerjaan baru, terdapat juga program atau kursus kerjaya yang boleh diikuti bagi mempertingkatkan kemahiran anda.

Permohonan SIP atau dikenali sebagai Employee Insurance System (EIS) boleh dipohon oleh mereka anda yang kehilangan pekerjaan bermula 1 Januari 2018.

Program penempatan pekerjaan semula dan faedah tunai interim disediakan oleh SIP. Menerusi program ini, mereka yang layak boleh mendapat bantuan kewangan segera (tujuh hari selepas disahkan kehilangan pekerjaan).

SIP ini layak dipohon oleh semua warganegara Malaysia yang mencarum dan dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan oleh majikan kecuali bagi mereka yang meletakkan jawatan secara sukarela, salah laku (misconduct), bersara atau tamat kontrak.

Untuk maklumat terperinci dan menyemak syarat-syarat kelayakan, anda boleh melayari laman sesawang PERKESO.

Semua gambar hiasan: Unsplash dan Pexels

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki