Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bantu Anak Bina Suasana Seronok Belajar Dari Rumah

Pembelajaran dalam talian boleh menjadi satu bentuk sistem pembelajaran alternatif yang berkesan tetapi ia memerlukan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak, terutamanya ibu bapa.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 3:14PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mungkin belum terlewat untuk kita bincangkan tentang pembelajaran dalam talian atau belajar dari rumah. Benar, KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) dan KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mengumumkan sekolah dan IPT boleh mula beroperasi secara fizikal menjelang Oktober 2021. 

Namun, pembelajaran dalam talian ini masih berlaku dan mungkin akan berterusan terutamanya bagi sesetengah program di kolej dan universiti yang tidak begitu perlukan kehadiran fizikal untuk proses pengajaran dan pembelajaran. 

Mungkin juga belajar dalam talian pada masa akan datang akan menjadi pilihan bagi pelajar yang suka belajar di rumah atau yang belajar sambil kerja.

Seperti yang berlaku dalam negara kita, lebih setahun PDPR dijalankan tetapi ramai dalam kalangan ibu bapa dan pelajar masih merungut tentangnya. 

Tidak kurang juga yang sudah rasa seronok serta menerima pembelajaran secara dalam talian kerana mereka dapat bersama keluarga, tapi dalam masa yang sama pembelajaran juga dapat diteruskan. 

Tetapi ada ramai pelajar yang rindukan suasana kampus dan tidak sabar untuk kembali belajar seperti dahulu. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Suka atau tidak, perlu diterima bahawa kita belum menang dan belum berjaya mengawal COVID-19 sepenuhnya dan belajar secara dalam talian ini belum diputuskan tarikh akhirnya.

Oleh itu, daripada merungut, lebih baik menukar pandangan dan persepsi terhadap pembelajaran dalam talian dan terimanya sebagai satu bentuk sistem pembelajaran alternatif yang keberkesanannya dan kebaikannya juga tidak kurang daripada pembelajaran secara fizikal cuma ia perlukan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak terutamanya ibu bapa.

Tidak dinafikan bahawa terdapat pelajar sama ada di peringkat sekolah menengah, matrikulasi, kolej mahupun universiti yang menghadapi tekanan ketika belajar dari rumah. Kemungkinan tekanan dan masalah yang dihadapi, selain daripada liputan rangkaian internet, adalah masalah dalam keluarga.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana kondusif dan menyeronokkan untuk anak-anak belajar di rumah.

Ibu bapa yang prihatin dan inginkan kejayaan anak-anak perlulah memberi sokongan dan tidak membebankan mereka dengan tanggungjawab lain yang boleh mengganggu masa belajar anak-anak. 

Jika terpaksa meminta bantuan dan pertolongan anak untuk meringankan bebanan kerja rumah, memaklumkanlah kepada mereka lebih awal supaya mereka dapat merancang jadual pembelajaran dan tugasan lain yang perlu dilakukan.

Kasih sayang dan keadilan perlu wujud dalam kalangan ibu bapa. Tidak menunjukkan pilih kasih terhadap anak-anak dalam memberikan tugasan serta memberi layanan yang sama rata.

Perkara ini adalah penting bagi mewujudkan suasana harmoni serta membuat anak-anak rasa tenang dan gembira bersama ibu bapa dan adik-beradik di rumah.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Selain itu, penyediaan makan minum yang cukup dan menepati masa juga perlu dilakukan.

Memang tidak dinafikan anak-anak yang sudah menjangkau usia dewasa mampu melayan diri untuk makan dan minum tetapi dalam keadaan mereka perlu mengikuti kelas, keperluan asas tersebut perlu tersedia supaya tidak membantutkan pembelajaran mereka.

Perlu ingat juga bahawa jadual semester merangkumi jadual pembelajaran harian, aktiviti kokurikulum dan peperiksaan. 

Jadual ini perlu diketahui oleh ibu bapa supaya mereka dapat tahu bilakah anak sedang sibuk dengan urusan pembelajaran, sedang menyiapkan kerja kursus atau membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan supaya urusan pengajian mereka tidak terganggu dengan urusan-urusan keluarga yang mungkin boleh menjejaskan prestasi pencapaian akademik mereka.

Mungkin sesetengah ibu bapa terlepas pandang mengenai wang saku yang perlu diberikan kepada anak-anak yang sedang belajar dalam talian di rumah.

Walaupun nilainya tidak sama dengan apa yang diberikan semasa mereka berada di sekolah atau di kampus, mereka juga perlu mempunyai sedikit wang untuk membeli keperluan dan urusan peribadi mereka.

Bagi pelajar yang belajar di rumah, cubalah cari masa untuk membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Janganlah berada dalam bilik sepanjang hari dan hanya keluar untuk makan sahaja.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Bahagikan masa belajar, masa bersama kawan, masa bersama ibu bapa dan adik-beradik serta kongsikan dengan mereka tentang  aktiviti dan masalah yang dihadapi terutamanya mengenai pembelajaran dalam talian.

Buat para pelajar daripada keluarga yang sederhana atau kurang berada, mungkin inilah masanya untuk membantu keluarga dengan mencari kerja sambilan yang sesuai serta tidak menjejaskan prestasi pengajian.

Kesimpulannya, jika pelajar merasa seronok berada di rumah dan belajar dari rumah secara dalam talian, mungkin suatu hari jika diberi pilihan untuk kembali ke kampus atau belajar dari rumah,  pasti ada pelajar yang akan memilih untuk terus berada di rumah dan belajar secara dalam talian.

Untuk itu, pihak bertanggungjawab perlu bersedia dengan sistem pembelajaran yang mesra dan meraikan semua golongan, sama ada golongan yang memilih untuk belajar secara fizikal di kampus, golongan yang memilih untuk kekal dengan keluarga dan belajar secara dalam talian di rumah dan golongan yang perlu bekerja secara sambilan dalam masa yang sama boleh meneruskan pengajian mereka secara dalam talian. - Getaran, 24 September 2021


 

---

Penulis adalah Penyelaras Program Asasi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok, Kelantan

Semua gambar hiasan: Gambar Fail

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PdPR, Getir Guru Tak Siapa Yang Tahu

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tekanan Emosi, Episod Berterusan COVID-19

3

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

[FOTO] Ramai B40 Terkesan, teruskan Usaha Jalani PdPR

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PKP, Bara Membakar Dalam Diam

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki