Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


PKP, Bara Membakar Dalam Diam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 9:30AM

Gambar: Kat J dalam Unsplash.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang melatari negara sejak setahun lalu bukan sekadar muncul sebagai satu ancaman terhadap kesihatan awam, tetapi turut memberi implikasi negatif kepada aspek psikologi.

Kesannya lebih dirasai golongan wanita bekerjaya yang pada masa sama, perlu bijak mengendarai peranan sebagai ibu dan pengurus rumah tangga.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua (PKP 2.0) sejak 16 Januari lalu menambah duka golongan ini apabila tersepit antara amanah seorang ibu dan tugas hakiki sebagai pekerja di pejabat masing-masing.

Arahan bekerja dari rumah yang sepatutnya menjadi satu kelebihan ternyata bertukar sebagai  pencetus tekanan emosi, lantaran beban kerja yang bertambah sehingga dua kali ganda.

Akibatnya, rumahku bukan lagi syurgaku malah bertukar menjadi medan pertengkaran bersama pasangan atau suami, sehingga membuatkan perkahwinan yang dibina ibarat telur di hujung tanduk. 

Normaliza Ahmad, 38 antara kaum Hawa yang tersepit dengan permasalahan ini, dan ia tambah rumit apabila beliau pada masa sama, perlu memberi sepenuh perhatian kepada seorang anak istimewa.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, tekanan dialami membuatkan beliau sering berselisih faham bersama suami, kerana merasa terlalu terbeban dengan segala tanggungjawab yang perlu dipikul.

“Walaupun saya perlu mengutamakan tugas hakiki sebagai pekerja, anak istimewa ini juga menuntut perhatian yang bukan sedikit.

“Pada masa sama, pembelajaran anak-anak juga perlu diberi perhatian. Bagaimana mungkin tugas hakiki sebagai pekerja ini dapat dilaksanakan dengan baik jika saya harus memberi keutamaan terhadap peranan seorang ibu?" keluhnya kepada Getaran.

Petugas sektor pendidikan itu berkata, senario yang melatari kehidupannya ketika ini diburukkan lagi dengan kegagalan beliau serta suami untuk saling berbahagi waktu, menyebabkan ia menjadi beban emosi yang membunuh dirinya dari dalam.

“Kami sudah cuba untuk bertolak ansur namun tingkah laku anak kedua ada kalanya gagal dikawal, apatah lagi selepas terkurung di rumah dengan agak lama. Ia menyebabkan tekanan emosi ini semakin memuncak, dan sebagai solusi, pasangan menjadi medan meluah amarah.

“Acap kali bila terlalu penat, saya mengalami kemurungan dan memilih untuk berkurung sendirian di dalam bilik. Kalau sekadar penat sahaja tidak mengapa, tapi kini saya berdepan pula masalah tidak dijangka iaitu kemelut rumah tangga yang kian meruncing," katanya.

Senario itu sedikit sebanyak menyamai apa dialami Asma Abdullah, 33, yang berdepan kesukaran apabila perlu membahagikan masa antara kerja pejabat, tugasan di rumah dan waktu bersama anak-anak, khususnya dalam memantau pembelajaran mereka secara atas talian.

"Masalah bermula apabila semua tugasan itu saling bertindih, dengan waktu yang hampir serentak antara satu sama lain.

"Ia menyebabkan saya kelam kabut, kerana perlu mencari ruang untuk menyusun semua perkara, tambahan pula apabila ketua di pejabat tidak memahami keadaan sebenar di rumah. Natijahnya, hasil tugasan tidak lagi produktif seperti dulu malah anak-anak pun seakan terabai.

Amylia Mohd Noh, 37 pula mencatat warna berbeza untuk kanvas kehidupannya, selaku pemegang status ibu tunggal.

Ketiadaan sumber pendapatan tetap membuatkan laluan hidup ibu empat anak itu semakin getir, tambahan lagi beliau hanya bergantung harap dengan hasil jualan nasi lemak sejak tiga tahun lalu.

“Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang adalah corak kehidupan yang kami empat beranak lalui, sejak pandemik COVID-19 mula tersebar di Malaysia.

“Sebelum wujudnya virus itu, pendapatan diraih agak selesa apabila mampu menghasilkan sekitar RM3,000 setiap bulan untuk membesarkan empat anak yang masih bersekolah,” katanya.

Beliau berkata, COVID-19 menjejaskan perniagaan dilakukan, susulan jumlah pelanggan yang semakin menurun dan keadaan itu bertukar menjadi beban apabila ia tidak membantu mengurangkan perbelanjaan serta kos kehidupan seharian.

“Pendapatan berkurangan, tetapi sewa rumah dan perbelanjaan harian tetap sama. Ia menyebabkan saya tidak mampu membeli data internet tambahan untuk pembelajaran anak-anak di rumah,” katanya, sebak.

Amylia bagaimanapun berterima kasih dengan guru anak-anaknya, kerana sedia bertolak ansur dengan memberi kelonggaran untuk meneruskan pembelajaran menggunakan kertas ulang kaji.

“Saya hanya mampu memberikan sokongan moral, untuk sama mengajar saya tak mampu kerana pendidikan sendiri tidak setinggi mana. Ada kalanya saya terasa mahu lari dari semua ini, tapi mahu ke mana,” katanya sambil menahan tangis. - Getaran, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 5 jam yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 12 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan