web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteriku ‘Bidadari Tanpa Sayap’ - Along Eyzendy

Lakukan pilihan tepat, dermalah organ. Selamatkan insan yang tersayang.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 2:42PM

Along Eyzendy dan isteri, Hamidah Yatim

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Along Eyzendy atau nama sebenarnya, Mohd Eyzendy Aziz menyifatkan isterinya, Hamidah Yatim sebagai ‘bidadari tanpa sayap’ kerana sanggup menderma buah pinggang kepadanya.

Dia yang sebelum ini menghidapi penyakit ginjal kronik tahap akhir berkata, Hamidah seolah-olah memberikan peluang kedua kepadanya untuk hidup. 

Bahkan, Along mengakui semakin menghargai ikatan kasih yang tersimpul rapi dan berikrar untuk sehidup semati dengan belahan jiwanya itu. 

Pasangan ini bersyukur kerana selamat menjalani pembedahan. Begitu pun, tidak semua insan yang menghidap penyakit ginjal kronik bernasib baik seperti mereka. 

Ramai pesakit ginjal kronik di negara ini terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan buah pinggang yang sesuai dengan mereka. 

Dr Wan (kiri), Dr Maisarah (kanan)
Dr Wan (kiri), Dr Maisarah (kanan)

Pakar Nefrologi dan Pensyarah Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia, Dr Wan Zul Haikal Hafiz menegaskan pemindahan organ adalah pilihan rawatan yang tepat untuk menyelamatkan nyawa pesakit ginjal kronik.

“Kami menyarankan penderma organ mempunyai pertalian darah atau emosi dengan penerima. Bukan hanya ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa dan adik-beradik, malah pasangan mereka (isteri dan suami).”

“Kami mahukan manfaat yang terbaik untuk penerima dan mengurangkan peluang peratusan penolakan organ yang ketara jika datang daripada penderma organ asing yang bukan daripada kalangan keluarga atau sanak saudara,” jelas Dr Wan

Sementara itu, Perunding Nefrologi dan Pakar Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Maisarah Jalalonmuhali menyeru pesakit yang sudah mempunyai penderma walaupun mereka tiada kaitan darah atau kekeluargaan untuk segera tampil dan berunding dengan pakar. 

“Jangan malu dan merasakan pembedahan tidak boleh dijalankan. Jika pakar nefrologi beranggapan ia boleh diteruskan, mereka akan melabelkannya sebagai ‘tiada kaitan darah’, dengan soal selidik dan ujian bagi memastikan tiada konflik antara penerima dengan penderma.”

“Setelah melalui prosedur yang ketat itu, barulah pakar nefrologi buat keputusan sama ada boleh atau tidak untuk meneruskan pembedahan antara penerima dengan penderma yang tiada ikatan kekeluargaan,” katanya.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKFM), pendermaan buah pinggang (daripada penderma yang sudah meninggal dunia) hanya bernisbah 0.86 penderma untuk sejuta rakyat Malaysia.

Faktanya, penerimaan buah pinggang daripada penderma organ yang masih hidup lebih memberikan kesan keselamatan yang berpanjangan serta terjamin kepada penerima pada masa hadapan, berbanding daripada penderma organ yang sudah meninggal dunia.

NKFM turut menjalankan kempen ‘Pemindahan Ginjal Hidup’ bagi meningkatkan kesedaran pendermaan organ dalam kalangan masyarakat. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perdermaan organ, layari NKFM untuk maklumat lanjut. - Getaran, 17 September 2021

Semua gambar: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Kerap Sakit Kepala, Sesak Nafas Petanda Buah Pinggang Rosak Tahap Kritikal

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN