web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raja-Raja Melayu Berangkat Ke Istana Negara

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 2:35PM

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah melambai kearah pihak media bila sampai ke Istana Negara. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu sekali lagi berkenan berangkat ke Istana Negara hari ini, bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mesyuarat berkenaan dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin adalah yang pertama dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 1.57 tengah hari, disusuli keberangkatan tiba Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah melalui Pintu 1 Istana Negara pada jam 2.14 petang.

Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pula tiba pada jam 2.22 petang, disusuli keberangkatan tiba Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pda jam 2.26 petang.

Kenderaan membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dilihat memasuki Pintu 1 pada jam 2.34 petang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah yang terakhir dilihat memasuki Istana Negara pada 2.36 petang, sebelum pagar Pintu 1 ditutup sepenuhnya.

Hujan lebat turut tidak mematahkan semangat wakil media, yang setia menunggu bagi melaporkan perkembangan terkini krisis politik negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini diadakan, khusus bagi menentukan pelantikan Perdana Menteri Kesembilan, selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Jemaah Menteri, 16 Ogos lalu. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai