Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Spekulasi Kem Ismail Sabri Peroleh Majoriti, Mungkin Benar - Penganalisis 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 1:22PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengesahan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi bahawa 114 Ahli Parlimen dipanggil ke Istana Negara, hari ini bagi mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri, mencetuskan persoalan ramai mengapa mereka dititah berbuat demikian.

Beberapa spekulasi turut timbul, antaranya dakwaan bahawa kem Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menjadi individu dicalonkan sebagai Perdana Menteri Ke-9 sudah mendapat sokongan majoriti untuk memegang tampuk kepimpinan kerajaan.

Spekulasi itu menjadi lebih hangat apabil Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dilapor mengesahkan, Ahli Parlimen blok pembangkang tidak menerima jemputan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib, berkata sesi menghadap itu boleh diandaikan sebagai menunjukkan kumpulan terbabit sudah memperoleh undi majoriti.

Sesi menghadap itu juga, katanya, membolehkan Yang di-Pertuan Agong memberi penegasan dan mendapatkan pengesahan berhubung akaun bersumpah (SD) diterima pihak istana.

“Mungkin itu (memperoleh undi majoriti) adalah spekulasi yang boleh diandaikan. Kalau 114 sudah dipanggil ke Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, maknanya mereka mungkin ada undi SD yang diterima secara bertulis.

“Cuma mungkin Yang di-Pertuan Agong mahu memberi penegasan sebab bimbang nanti ada yang ‘menafikan’ menulis SD ini, namun kemungkinan ada mana-mana Ahli Parlimen tarik balik sokongan memang tidak berlaku" katanya kepada Getaran.

Sesi menghadap itu jelas beliau lagi, boleh digunakan Baginda untuk memberi penegasan bahawa setiap Ahli Parlimen bersetuju, sekali gus melihat jika mereka akan menyatakan pendirian masing-masing secara tetap atau sebaliknya.

Kartini berkata, proses sesi menghadap itu sememangnya wajar diadakan, malah keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah tepat dan sesuai untuk menegaskan SD terbabit ketika penularan COVID-19 ketika ini.

“Sebelum ini pun, bila negara menghadapi krisis kepimpinan, Agong memanggil satu persatu Ahli Parlimen untuk ditemubual, cuma pada kali ini disebabkan penularan COVID-19, saya rasa tindakan Baginda tepat dan sesuai untuk melihat penegasan SD berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, proses itu diharapkan dapat meleraikan kemelut politik negara yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Penyelesaian kemelut itu, katanya, membolehkan kerajaan dibentuk dan keputusan dibuat segera, seperti pembentangan Belanjawan 2022 hujung tahun ini, serta blueprint Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah digerakkan.

Jelasnya, pemulihan situasi politik turut berupaya menjana kembali ekonomi dan memastikan rakyat tidak terus tertekan.

“Dalam keadaan hilang pekerjaan, mereka (rakyat) perlu diberi satu suntikan harapan bahawa negara ini menuju ke arah lebih stabil dan positif,” katanya.

Seramai 114 Ahli Parlimen yang ke Istana Negara itu adalah daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Parlimen GPS dijadualkan bertemu baginda pada jam 10 pagi, diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  (11 pagi), UMNO (2 petang), BN (3 petang) dan PAS (4 petang). - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Sukan 20 jam yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Semasa 22 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Panggilan ‘Scam’ Tahun Lalu Meningkat Lebih 100 Peratus