web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kumpulan Pertama MP Selesai Menghadap Agong

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 12:25PM

Sebuah bas yang membawa Ahli Parlimen, keluar dari Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, pagi tadi. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membabitkan Ahli Parlimen UMNO, BERSATU dan Bebas, selesai menjelang 12 tengah hari tadi.

Antara nama besar yang dilihat masuk ke Pintu 2, Istana Negara sejak 10.30 pagi tadi adalah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak; Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Datuk Salim Sharif (Jempol).

Mewakili BERSATU pula, antara Ahli Parlimen berkenaan adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak) manakala Larry Sng Wei Shien (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) mewakili kelompok Bebas.

Sebilangan besar Ahli Parlimen daripada kedua-dua parti itu tiba di Istana Negara dengan menaiki bas yang disediakan parti bagi memudahkan pergerakan mereka.

Sesi menghadap ini dipercayai bagi mengesahkan Akuan Bersumpah (SD) yang ditandatangani mereka sebagai sokongan kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri untuk menyandang portfolio Perdana Menteri.

Annuar Musa melambaikan tangan pada petugas media sebaik keluar dari Istana Negara. - Gambar Syeda Imran
Annuar Musa melambaikan tangan pada petugas media sebaik keluar dari Istana Negara. - Gambar Syeda Imran

Semua Ahli Parlimen terbabit meninggalkan Istana Negara sekitar jam 11.50 pagi secara berperingkat. 

Sementara itu, seorang Ahli Parlimen dari Sarawak yang enggan dikenali berkata, setiap Ahli Parlimen diberi masa seminit bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, proses itu dilakukan secara bergilir-gilir bagi menentukan kesahihan sokongan mereka.

“Ketika mengadap, Ahli Parlimen ditanya sama ada menyokong Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri atau tidak,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 3 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad