web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proses Selesai Kemelut Politik Negara Bermula

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 1:50PM

Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan pemimpin parti politik pertama hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proses penyelesaian krisis kepimpinan negara bermula hari ini, dengan ketibaan barisan pemimpin tertinggi parti politik untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menamakan barisan calon Perdana Menteri baharu.

Ia dimulakan dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pada jam 1.40 petang yang menaiki sebuah Toyota Vellfire melalui Pintu 2 Istana Negara.

Ini adalah kali kedua Seri Paduka Baginda menggunakan pendekatan demikian berbanding memperkenankan pembubaran Parlimen yang lazim dibuat jika mana-mana Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya serta Jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN), susulan kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Kedatangan Tuan Ibrahim disusuli dengan ketibaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sempat melambai ke arah wakil media pada 1:55 petang.

Zahid adalah antara 15 Ahli Parlimen parti itu yang menarik semula sokongan terhadap PN, sekali gus menjadi penyebab utama Ahli Parlimen Pagoh itu hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri.

Sebelum itu, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba pada jam 1.52, juga menaiki sebuah Vellfire.

Ketibaan Zahid disusuli Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang hadir beriringan.

Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tiba pada jam 1.59 petang untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Anwar adalah calon yang disebut-sebut sejak kebelakangan ini, untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Muhyiddin .

Dalam percaturan untuk menyelamatkan Kerajaan pimpinannya, Muhyiddin pada minggu lalu memberi tawaran kerjasama rentas parti kepada seteru politiknya.

Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh kesemua parti.

Buat masa ini, Muhyiddin telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Interim sehingga pengganti sebenar dilantik.

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh pada 24 Februari 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. – Getaran, 17 Ogos

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad