web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri Kabinet Sampai Salam Perpisahan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 6:24PM

Barisan menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengucapkan ‘salam perpisahan’ menerusi platform media sosial masing-masing, selepas menghantar surat peletakan jawatan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi satu ciapan di Twitter berkata, pengunduran Jemaah Menteri hari ini dilakukan atas dasar tanggungjawab bersama.

Takiyuddin Hassin - Gambar fail
Takiyuddin Hassin - Gambar fail

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas peluang menganggotai Kabinet dan menabur bakti sepanjang 17 bulan dilantik sebagai menteri sejak 10 Mac tahun lalu.

"Pengunduran (ini) atas 'collective responsibility' (tanggungjawab bersama), bukan 'collective guilt' (kesalahan bersama).

"Terima kasih atas segalanya, yang pahit menjadi ubat, yang manis menjadi pengubat. Negara selamat semua terubat," katanya.

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail
Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail

Sementara itu, Menteri Kanan Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, peluang menabur jasa bakti terhadap negara adalah satu penghargaan buat dirinya.

“Ia merupakan suatu penghormatan dan keistimewaan untuk berjasa kepada negara tercinta dan rakyat. Semoga Allah SWT memberkati kita semua,” katanya, ringkas.

Beliau turut mengemaskini status di Facebook, dengan memadam portfolio sebagai Menteri Luar, dan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Sembrong.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin menerusi satu hantaran di akaun rasmi Instagram miliknya berkata, seluruh anggota Kabinet sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Semua anggota Kabinet telah meletakkan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih atas peluang ini, untuk sekali lagi berkhidmat kepada negara. Semoga Allah merahmati Malaysia,” katanya. – Getaran, 16 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Politik 6 bulan yang lalu

Senarai Jemaah Menteri MADANI Hampir Dimuktamad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 22 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad