web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin Kunci Mulut, Teka-Teki Semakin Panas

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 3:03PM

Bolehkah barisan pemimpin tertinggi UMNO berdiam diri jika seorang yang tidak memegang apa-apa jawatan kanan dalam parti, dilantik sebagai Perdana Menteri? - Gambar oleh Alif Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir kesemua pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) yang hadir ke mesyuarat gabungan politik tersebut pada hari ini mengunci mulut ketika diminta mengulas agenda perjumpaan.

Hanya seorang sahaja yang sudi melayan pertanyaan para wartawan perihal kemelut politik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah goyah dek kehilangan sokongan majoriti.

“Kita nampak ada golongan tidak bertanggungjawab yang mahu memastikan kepentingan rakyat digadaikan,” ujar Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd Yusof dari Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Tuduhan yang dibuat oleh Redzuan bukanlah sesuatu yang baharu.

Sudah ramai pemimpin yang masih menyokong PN mengutarakan kenyataan sama selepas 15 daripada 38 Ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka terhadap Muhyiddin pada minggu lalu.

Meskipun Redzuan tidak memperincikan apa yang sebenarnya telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, nada dan komentarnya kedengaran agak pasrah.

“Kita akur kepada Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya  mereka menarik sokongan atas dasar kepentingan peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat maka kita kena uruskanlah secara terbaik.

“Terpulanglah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan negara ini terus diterajui oleh kepimpinan yang boleh memberi keprihatinan dan kesejahteraan kepada rakyat,” katanya, kedengaran sedikit mengeluh.

Laporan Malaysiakini memetik Redzuan sebagai berkata, Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Jika beliau tulus dengan kenyataannya ini, maka penggulingan Muhyiddin dari Putrajaya sudah terang lagi bersuluh.

Namun, adakah PN akan turut runtuh jika Muhyiddin melepaskan jawatannya?

Pada dasarnya, sebelum Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan ketetapan partinya pada minggu lalu, desakan untuk meletakkan jawatan hanya terarah kepada Muhyiddin seorang.

Dua kali beliau menegaskan bahawa UMNO hanya akan kekal dalam PN jika ia diterajui pemimpin lain, sekali gus memberi kerjasama sehinggalah pandemik COVID-19 berjaya dibendung dan keadaan sudah selamat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Sumber UMNO memberitahu, satu percaturan telah dipersetujui untuk memastikan PN tidak runtuh dan bebas daripada DAP.

“UMNO tidak mahu bersekongkol dengan DAP. Akar umbi parti tidak akan memaafkan kami kalau itu berlaku,” kata sumber tersebut.

Tambahnya lagi, nama bekas Naib Presiden Datuk Seri Hishamuddin Hussein dikatakan telah dicadangkan sebagai pengganti Muhyiddin demi menenangkan UMNO, parti yang mempunyai kerusi paling banyak dalam blok kerajaan di Dewan Rakyat.

“Pihak Istana juga tidak ada masalah dengan beliau (Hishamuddin),” dakwa sumber itu.

Jika benar Seri Paduka Baginda merestui Hishamuddin atau mana-mana calon sekali pun adakah ia mencukupi tanpa perlu melalui undian percaya di Dewan Rakyat?

Pakar perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi, berpendapat bahawa mana-mana calon yang mendapat perkenan Agong boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Perkara 43(2) sudah menyatakan bahawa Agong boleh melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, sebagai Perdana Menteri,” katanya ringkas, ketika dihubungi Getaran hari ini.

Walaupun Hishamuddin adalah Ahli Parlimen daripada UMNO, pelantikannya sebagai PM - jika ia benar-benar berlaku - bermakna ia adalah kali kedua jawatan Perdana Menteri tidak diisi oleh presiden parti berkenaan.

Malah, ia juga akan menjadi detik pertama menyaksikan seorang Ahli Parlimen UMNO yang tidak memegang apa-apa jawatan kanan dalam parti, dilantik sebagai Perdana Menteri.

Soalnya, bolehkah barisan pemimpin tertinggi UMNO berdiam diri jika ini berlaku? - Getaran, 15 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad