web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelan Peralihan Menyebabkan Perpecahan Dalam BERSATU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 2:56PM

Ismail Sabri dan Hamzah Zainuddin dikatakan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai timbalannya? Ini adalah perkara yang menyebabkan perbalahan dan punca perpecahan dalam BERSATU pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu.

Dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi tahu rakan sejawatnya yang beliau akan menawarkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong esok, perbincangan berubah kepada siapa yang patut menjadi penggantinya?  

Jika jawatan tersebut di tawarkan kepada ahli UMNO Ismail - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sekarang - akan membawa makna kekalahan kepada BERSATU.

Ini, walaupun Hamzah, Setiausaha Agung BERSATU kekal sebagai Menteri Dalam Negeri.

Terdahulu ada juga perbincangan yang Ismail akan bersetuju untuk mengekalkan calon BERSATU sebagai timbalan perdana menteri dan menawarkan jawatan menteri penting kepada ahli parti itu.

Tetapi difahamkan kebanyakan ahli parti tidak setuju dengan kombinasi 1-2 UMNO dengan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.

Namun, dengan kebolehan tawar-menawar dan pengaruh BERSATU yang semakin berkurangan, siapa tahu bagaimana parti itu akan dapat bertahan setelah Muhyiddin meletak jawatan.

 Ahli Majlis Tertinggi BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof terdahulu menyatakan kekecewaannya terhadap beberapa rakan sejawatnya kepada media.

“Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sedang meletakkan kepentingan peribadi mereka di hadapan kesejahteraan negara,” katanya.

“Mereka membantah cadangan melibatkan Ismail dengan segelintir memberi tahu perdana menteri untuk terus mempertahankan posisinya kerana tiada satu gabungan mahupun pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti,” kata seorang sumber.

Muhyiddin dijangkakan berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong esok pada jam 9 pagi untuk menawarkan bukan sahaja perletakkan jawatannya tetapi juga beberapa pilihan lain.

Iaitu membubarkan Parlimen selepas negara mencapai 70 peratus imuniti kawanan menjelang Oktober; dan membentuk kerajaan minoriti walaupun ia bermakna harus bekerjasama dengan bekas rakan sejawat dalam Pakatan Harapan (PH).  

Tanda ingin berdamai Muhyiddin pada Jumaat di mana beliau mencadangkan pembaharuan institusi yang disebut dalam manifesto PH jelas memberi petunjuk yang beliau bersedia membuat perjanjian dengan pihak pembangkang, termasuk PKR dan DAP - kedua-dua parti yang tidak disukai oleh UMNO dan PAS.

“Kerisauan ahli BERSATU adalah selepas Muhyiddin meletakkan jawatan, ia akan membuka ruang untuk parti lain mengambil alih tampuk pimpinan dan memberi arahan.

“BERSATU tidak akan menjadi pemain yang besar lagi, walaupun mempunyai 31 kerusi dalam Parlimen.

“Kabinet akan dirombak dan semua orang akan kehilangan jawatan masing-masing,” kata seorang lagi sumber. - Getaran, 15 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad