web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Enggan Letak Jawatan, Cabar Kuasa Agong - PKR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 7:24PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa segera meletakkan jawatan demi kesuburan demokrasi dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata keengganan Muhyiddin melepaskan jawatan bukan sahaja bertentangan Perlembagaan, malah jelas mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, pengumuman Ahli Parlimen Pagoh itu yang secara terbuka mendakwa blok pembangkang tidak mempunyai sokongan majoriti sudah melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Adakah beliau sanggup menentang baginda hanya demi mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri?

“Muhyiddin juga membohongi Yang di-Pertuan Agong dan rakyat bahawa beliau masih mempunyai sokongan majoriti sebelum ini, selain memberi alasan akan membuktikannya dalam sidang Parlimen pada September nanti," katanya hari ini.

Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, segala tembelang itu pecah semalam, apabila buat pertama kali dalam sejarah negara, Perdana Menteri terpaksa menabur ‘sogokan’ kepada pembangkang secara terbuka agar terus menerima sokongan, sekali gus mengekalkan kuasanya.

Sementara itu di ALOR SETAR,  Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata, Muhyiddin sudah boleh bersiap sedia untuk menjadi ketua pembangkang atau bersara dari dunia politik memandangkan beliau kini bukan lagi Perdana Menteri yang sah. 

Katanya, ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu semalam jelas membuktikan betapa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan beliau tidak memiliki sokongan majoriti di dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat. 

Justeru katanya, Muhyiddin tidak memiliki pilihan selain meletakkan jawatan seperti dinyatakan dalam Perlembagaan memandangkan langkah untuk mengadakan pilihan raya, bukanlah yang terbaik dalam situasi sekarang.

"Menurut Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan melainkan jika atas pemintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. 

"Dalam ucapannya semalam, Muhyiddin dilihat seolah-olah merampas kuasa dan mendahului tugas Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan, baginda bertanggungjawab melantik seorang Perdana Menteri baharu dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat," katanya di sini.

Muhyiddin dalam ucapannya semalam menegaskan, melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan paling mudah untuk beliau menyelesaikan kemelut politik ketika ini. 

Bagaimanapun katanya, sehingga semalam tiada seorang pun Ahli Parlimen lain mampu membuktikan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan mereka dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Mohammed Firdaus menambah, ucapan khas Muhyiddin semalam telah digunakan sepenuhnya oleh Perdana Menteri itu untuk berpolitik dan membuat pelbagai tawaran berbentuk sogokan kepada Ahli Dewan Rakyat demi kekal menjadi Perdana Menteri.

"Langkah itu jelas sesuatu yang amat terdesak dan AMK Kedah turut mengutuk sekeras-kerasnya tawaran beliau kepada Ketua Pembangkang iaitu untuk memberi saraan dan kemudahan setara dengan Menteri Kanan," katanya. - Getaran 14 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95