Berita Terkini

38 minit yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 38 minit yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 38 minit yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 39 minit yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 39 minit yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


Kami Tolak Muhyiddin, Sila Letak Jawatan - Pembangkang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 12:08PM

Blok pembangkang menolak kerjasama rentas parti dengan PN dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua parti pembangkang sebulat suara menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan kerjasama rentas parti dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pakatan Harapan (PH), Parti Warisan Sabah (WARISAN), Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyifatkan, tawaran dibuat Muhyiddin jelas menggambarkan beliau dalam keadaan terdesak.

Majlis Presiden PH, menggabungkan kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, tawaran itu sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau.

“Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau, justeru PH memilih untuk bersolidariti dengan rakyat yang sedang menderita akibat pandemik COVID-19.

“Kami yakin bahawa kami mampu mengemukakan suatu perancangan yang lebih baik, terutama untuk menangani pandemik COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan rakyat dan mata pencarian,” tegas majlis berkenaan.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Perutusan khas itu juga jelas mereka, adalah pengakuan terbuka Perdana Menteri yang sudah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, sekali gus mewajibkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dilaksana, iaitu peletakan jawatan beliau. 

“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti, namun secara terang-terangan menagih sokongan pembangkang.

“Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Semalam, Muhyiddin menerusi ucapan khas secara langsung menjemput semua pimpinan parti politik untuk membincangkan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan kerajaan, sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan.

Dalam perkembangan berkaitan, PEJUANG menegaskan, Muhyiddin tidak berhak membuat tawaran, meskipun mendakwa masih mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri, apatah lagi selepas kehilangan sokongan majoriti.

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir  berkata, Muhyiddin seharusnya menghormati Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Katanya, PEJUANG akan terus kekal berprinsip dan tegas menolak tawaran dibuat Muhyiddin.

“Tawaran ini ibarat rasuah jawatan, demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.

“Sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Muhyiddin bagi mengekalkan kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah,” katanya.

Selain itu, WARISAN, PSB, UPKO dan MUDA menerusi kenyataan bersama, mendesak Muhyiddin meletak jawatan Perdana Menteri secara terhormat.

Kenyataan itu diwakili Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Baru Bian daripada PSB dan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut kenyataan itu, sejak tahun lepas, parti pembangkang sudah membuat cadangan untuk menstabilkan kerajaan melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan.

Jelasnya, walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan melalui pintu belakang, parti pembangkang bersedia bertolak ansur demi kemaslahatan serta kebajikan rakyat.

“Namun, Tan Sri dengan sombong menolak segala tawaran pembangkang. Kami mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan dengan cara terhormat dan membenarkan proses demokrasi berjalan semula, malah bukan tanggungjawab beliau untuk memastikan kewujudan sokongan majoriti pada mana-mana Ahli Parlimen, sebelum meletakkan jawatan.

“Cadangan reformasi dibentangkan Muhyiddin boleh diangkat dan dibawa ke Parlimen, namun perlu dilakukan Perdana Menteri baharu yang mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat,” katanya. - Getaran, 14 Ogos 2021

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kejatuhan Ringgit Bukan Sebab Tiada Menteri Kewangan Sepenuh Masa Tapi… - PM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 3 jam yang lalu

Tiket Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya Mula Dijual Hari Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Kes Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Lelaki Didakwa Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pembinaan LRT Pulau Pinang Dijangka Bermula Lebih Awal