Berita Terkini

1 jam yang lalu: KPKT lulus RM3.4 juta pulih projek perumahan terbengkalai di Terengganu 1 jam yang lalu: Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000 1 jam yang lalu: Yayasan di negara ini tidak harus bergantung kepada derma, perlu tingkat keupayaan dana melalui pelaburan dan perniagaan - PM 1 jam yang lalu: Teliti semula syarat tetapkan pemaju perumahan sedia rumah mampu milik - PM 1 jam yang lalu: Jaga disiplin, nama baik Malaysia ketika di Tanah Suci - Na'im

IKUTI KAMI


Kemelut Politik Negara, Muhyiddin Pelawa Kerjasama Rentas Parti

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 7:58PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjemput semua pimpinan parti politik untuk membincangkan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan.

Beliau berkata, jemputan rasmi kepada semua pimpinan parti politik itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat untuk mereka menghadiri perbincangan berkenaan pada minggu depan.

“Saya bersedia untuk mendengar pandangan mereka berhubung cadangan ini.

“Sekiranya cadangan kerjasama bipartisan ini dipersetujui, saya akan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas Bersama Memulihkan Negara yang diadakan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin berkata antara cadangan itu, semua Ahli Parlimen akan menerima peruntukan tahunan sama rata tanpa mengira parti politik, manakala bagi Ahli Parlimen pembangkang, jumlah itu akan dibuat secara prorata mengikut bilangan bulan berbaki pada tahun ini.

Katanya, mendokong prinsip ‘kerajaan menyeluruh’ dan ‘masyarakat menyeluruh’, kerajaan akan membentangkan untuk kelulusan Parlimen berhubung penambahan siling dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion, bagi membantu memenuhi keperluan tambahan dalam mengatasi krisis pandemik terbabit, mencakupi pengukuhan sistem kesihatan, menambahbaik bantuan rakyat serta menyokong kelangsungan perniagaan.

Menurut Muhyiddin, sekiranya kerajaan mendapat sokongan bipartisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara melebihi majoriti dua pertiga, Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja, manakala Rang Undang- Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

Kerajaan juga, katanya, akan memperkukuhkan reformasi Parlimen dengan memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adalah lebih seimbang.

Menerusi cadangan kelima, jelasnya, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik menerusi kewujudan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan yang bakal dibentangkan di Parlimen.

“Rang undang-undang, termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang akan dibentangkan di Parlimen akan dirunding terlebih dahulu dengan semua Ahli Parlimen, malah hanya dibentangkan sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Cadangan terakhir, sebagai pengiktirafan kepada peranan parti pembangkang yang mempunyai jumlah perwakilan hampir seimbang di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan setara dengan seorang Menteri Kanan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu dikemukakan bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bipartisan di Parlimen, selain tidak mahu membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera.

“Cadangan ini dibuat selepas saya berunding bersama rakan-rakan dalam Kabinet dan pimpinan parti dalam PN untuk membuat keputusan terbaik demi rakyat dan negara, bukan atas kepentingan peribadi kami.

“Saya memberi jaminan bahawa saya akan mengambil tindakan terhormat dan berperlembagaan dalam menyelesaikan kemelut politik pada masa ini,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau tidak berhasrat untuk terus memegang tampuk kepimpinan negara, sebaliknya akan memberikan ‘kuasa’ memilih kerajaan baharu kepada rakyat pada masa sesuai.

Justeru, katanya, beliau berjanji bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai 2022.

Namun, jelasnya, perkara itu bergantung kepada situasi COVID-19 semasa sebelum dilaksanakan.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa, jadi dalam keadaan ini adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat bagi memilih kerajaan baharu apabila tiba masa lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun hadapan,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2021

Sorotan

1

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

2

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

3

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Perpaduan Serius, Tekad Selesaikan Masalah Prasarana Dengan Segera - Anwar

Politik 2 jam yang lalu

Gelombang PN Pada PRU-15 Masih Belum Terpadam - Tuan Ibrahim

oleh Susan Albert

Semasa 20 jam yang lalu

Cuaca Panas: Solat Hajat Mohon Doa Kesejahteraan Diadakan Esok - Na'im

Semasa 21 jam yang lalu

Kematian Kee Kok Thiam Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis Selangor