web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Letak Jawatan Pilihan Termudah Tetapi... - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 9:12PM

Muhyiddin memberitahu tiada Ahli Dewan Rakyat yang boleh membuktikan mereka memiliki sokongan majoriti. - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah pilihan termudah dimiliki setakat ini, namun Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, tiada Ahli Dewan Rakyat yang boleh membuktikan mereka memiliki sokongan majoriti.

Perdana Menteri berkata, sekiranya beliau memilih meletakkan jawatan bagi menyelesaikan isu politik ketika ini, tindakan itu bakal memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara yang sedang berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, keputusan untuk melepaskan jawatan itu juga sememangnya pilihan paling mudah untuk menghentikan kemelut terbabit, namun akan ‘meruntuhkan’ seluruh Kabinet yang sedang giat menjalankan usaha membendung pandemik berkenaan.

Muhyiddin berkata, walaupun tindakan beberapa Ahli Parlimen menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau menimbulkan keraguan terhadap keabsahannya sebagai Perdana Menteri, beliau harus memikirkan kesan tindakan bakal diambil terhadap rakyat serta negara.

Dalam keadaan sekarang katanya, beliau mempunyai dua pilihan menurut Perlembagaan Persekutuan, iaitu memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya atau meletak jawatan.

“Pilihan saya paling mudah tentunya meletak jawatan, namun sehingga saat ini tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat yang dapat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti untuk membolehkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri baharu.

“Jika saya meletak jawatan pada masa ini, bukan saya seorang sahaja berhenti, tetapi seluruh anggota Kabinet perlu berbuat demikian dan kerajaan PN akan jatuh,” katanya ketika menyampaikan ucapan khas Bersama Memulihkan Negara yang diadakan secara langsung, hari ini.

Muhyiddin turut menarik perhatian terhadap kemungkinan yang bakal terjadi, jika pentadbiran baharu tidak dapat dibentuk segera, termasuk kelancaran program vaksinasi COVID-19. katanya ketika menyampaikan ucapan khas Bersama Memulihkan Negara yang diadakan secara langsung, hari ini.

Beliau berkata, kemelut itu akan memberi impak buruk kepada rakyat dan negara sedangkan tempoh dua bulan akan datang adalah amat genting kerana jika semua perancangan kerajaan dilaksana seperti dijadualkan, Malaysia akan mencapai imuniti kelompok pada Oktober ini.

“Sekiranya keadaan terganggu dengan kemelut politik tidak berkesudahan dan kerajaan sah tidak dapat dibentuk, sasaran imuniti kelompok tidak akan dapat dicapai dan nyawa rakyat akan terus berada dalam bahaya,” katanya.

Pada ucapannya itu, Muhyiddin juga mengakui sedih dan dukacita dengan perkembangan politik mutakhir ini.

“Hari ini di hadapan saudara dan saudari semua, saya ingin bercakap secara jujur dan berterus terang.

“Sebagai seorang manusia, saya sudah tentu tidak terhindar daripada kelemahan dan kekurangan, apa lagi dalam keadaan kedudukan sebagai Perdana Menteri yang memikul tanggungjawab berat untuk mengurus pandemik luar biasa sejak lebih setahun lalu,” katanya. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95