web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin PN Dijangka Jumpa Muhyiddin Esok

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 8:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU  - Semua pemimpin parti Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, esok.

Menurut sumber di kalangan pentadbiran PN, pertemuan itu akan diadakan di kediaman Muhyiddin, selepas berakhirnya mesyuarat Kabinet.

Sumber berkenaan, yang enggan dinamakan, memberitahu The Vibes bahawa pertemuan itu adalah bagi membincangkan mengenai masa depan PN susulan penarikan sokongan oleh beberapa Ahli Parlimen UMNO.

''Keadaan sekarang tidak begitu baik. PN nampaknya tidak mempunyai majoriti,'' katanya.

Presiden STAR Sabah dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dipercayai dalam perjalanan ke ibu kota, hari ini.

Salah satu pemimpin parti yang bersekutu dengan PN di Sabah, kata sumber itu, juga menuju ke Kuala Lumpur.

Perkembangan terbaru ini adalah susulan persoalan yang dibangkitkan banyak pihak mengenai kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah menghantar surat akuan bersumpah mengesahkan penarikan sokongan berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Manakala pemimpin pembangkang dari Pakatan Harapan, Warisan, Pejuang, dan Parti Sarawak Bersatu, selain pemimpin Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Maszlee Malik turut berbuat demikian.

Dalam pada itu, Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok untuk menyembah maklum mesyuarat pra-Kabinet, berbincang dan mendengar pandangan Tuanku berhubung urusan serta isu-isu berkaitan Kerajaan.

Ia merupakan aktiviti mingguan beliau.

Ketika ini, dengan penarikan balik sokongan oleh beberapa pemimpin UMNO itu, Muhyiddin telah kehilangan sokongan untuk menjadi Perdana Menteri. - Getaran, 10 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 2 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad