web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Dedah Surat Akuan 14 Ahli Parlimen Tarik Sokongan Terhadap Muhyiddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 5:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mendedahkan dua surat yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pendirian 14 Ahli Parlimen parti itu yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Surat-surat berkenaan telah diutuskan kepada Seri Paduka pada 30 Julai dan 4 Ogos lalu oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ia dimuatnaik dalam Facebook UMNO Online hari ini.

14 Ahli Parlimen yang telah menandatangani surat perakuan menarik balik sokongan berkenaan adalah Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk; Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah; Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Mazlan Idris serta Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

Yang lain adalah Datuk Mohamad Alamin yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Tan Sri Noh Omar (Tg Karang) dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Tengku Razaleigh tidak pernah menandatangani Surat Akuan Bersumpah menyokong Muhyiddin dan telah memohon untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.

Surat terbabit ditandatangi oleh Ahmad Zahid dan beliau mengesahkan bahawa tidak ada Ahli Parlimen terbabit yang menarik balik Surat Akuan yang telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

''Dengan ini patik memperakui 14 Ahli Parlimen yang telah diabsahkan sepenuhnya,'' kata Ahmad Zahid dalam surat berkenaan. - Getaran, 9 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad