Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Lain Dititah, Lain Pula Dibuat - Drama UMNO Tidak Mengejutkan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 11:44AM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesej utama dalam titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini adalah supaya kesemua ahli politik menggembleng tenaga dalam menangani penularan COVID-19 dan permasalahan rakyat, namun lain pula jadinya sekarang.

UMNO semalam sebulat suara menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan jumlah Ahli Parlimen parti yang akur dengan pendirian itu amat mencukupi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Agak pelik logik UMNO, khususnya apabila tindakannya kelihatan bercanggah dengan titah Seri Paduka Baginda yang acap kali menyeru Ahli Parlimen untuk menjaga kemaslahatan rakyat tatkala negara dibelenggu pandemik COVID-19.

Bagaimana rakyat boleh mengecapi kesejahteraan dengan drama perebutan kuasa politik yang tidak berkesudahan ini, adalah satu persoalan yang mungkin hanya boleh dijelaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hakikatnya, perkembangan terbaru krisis politik negara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

“Ya benar. Agong tidak pernah menyarankan supaya kerajaan sedia ada digulingkan tetapi PN telah mempersembahkan bola tanggung kepada UMNO dan pembangkang,” kata penganalisa politik bebas, Dr Azmi Hassan.

Bola tanggung yang disebutnya itu adalah krisis perlembagaan yang timbul akibat pembatalan ordinan-ordinan darurat tanpa menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong sehingga mendukacitakan Seri Paduka Baginda.

“UMNO hanya menyambut (bola tanggung itu) dan dalam pertembungan antara kerajaan dan istana ini, kedudukan Muhyiddin berada dalam keadaan yang paling lemah.

“Bagi saya UMNO bukan dikatakan mengingkari titah Agong tetapi, ia mengambil langkah yang pada pandangan Presiden UMNO, adalah demi menyelamatkan negara,” katanya kepada Getaran.

Meskipun begitu, sukar untuk UMNO dilihat sebagai ikhlas dan bebas dari sebarang kepentingan peribadi dalam isu ini, lebih-lebih lagi dengan kewujudan sejumlah kes mahkamah berprofil tinggi yang membabitkan segelintir pemimpinnya.

Buat masa ini, hanya seorang sahaja menteri UMNO dalam Kerajaan PN telah meletakkan jawatan seiring dengan pendirian parti, iaitu Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah yang memegang portfolio Tenaga dan Sumber Asli.

Jika tiada Menteri UMNO lain yang mengikut jejak langkah Shamsul, maka secara tidak langsung, ia memberi satu gambaran yang jelas tentang kedudukan serta pengaruh Zahid dalam partinya.

Bagaimanapun pemerhati politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, akan ada ramai lagi Menteri serta Timbalan Menteri UMNO yang akan meletakkan jawatan masing-masing.

“UMNO bertindak keluar dari PN kerana tidak mahu dikaitkan dengan pertelingkahan pandangan antara Seri Paduka Baginda dan kerajaan PN.

“Apabila Shamsul Annuar meletakkan jawatan, ia adalah sejajar dengan keputusan parti, maka pasti ada pihak lain dijangka berbuat demikian,” jelas beliau yang juga seorang pensyarah dari Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya.

Sejurus selepas pengumuman Zahid semalam, satu petisyen talian yang bertajuk “Kami Sokong PM TSMY (Muhyiddin) kekal Sebagai PM dan Selamatkan Malaysia” telah dilancarkan dan sehingga pukul 7:50 pagi tadi, berjaya mengumpulkan 30,900 tandatangan.

Apabila UMNO menarik semula sokongan ke atas PN, ini bermaksud Muhyiddin hanya mempunyai mandat dari 107 daripada 222 Ahli Parlimen.

Jika ini berjaya disahihkan di Parlimen, maka Muhyiddin tidak lagi memegang majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri, namun ia mungkin sukar terjadi kerana Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, telah berkali-berkali menolak usul undian percaya terhadap beliau.

“Jika Muhyiddin mengaku bahawa beliau telah kehilangan majoriti maka Agong boleh dinasihatkan untuk membubarkan Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan,” jelas peguam perlembagaan, New Sin Yew menerusi satu  hantaran di Facebook.

Tambah Sin Yew, Seri Paduka Baginda juga boleh berbuat sebaliknya menggunakan Perkara 40(2) dan melantik Perdana Menteri baharu untuk menggantikan Muhyiddin.

Buat masa ini, tiada Ahli Parlimen samada dari UMNO atau blok pembangkang yang tampil ke hadapan dan mengumumkan bahawa mereka telah mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

Malah parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) turut mengambil ketetapan supaya krisis kesihatan dan ekonomi yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19 perlu diberi keutamaan.

“Sememangnya itu yang dihasratkan oleh PEJUANG ketika mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan menggembleng tenaga pakar bagi memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Berpaksikan semangat mendahulukan kepentingan rakyat, PEJUANG mengambil pendirian untuk tidak mengulas mengenai perkembangan mutakhir yang dicetuskan oleh pelbagai pemimpin parti politik,” tegas Presiden parti, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Getaran, 4 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

4

Politik 2 bulan yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

oleh Noel Achariam

Semasa 1 hari yang lalu

Reman Suspek Kes Tembak KLIA Disambung 5 Hari Lagi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Sukan 1 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

oleh Sophia Ahmad