web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembatalan Darurat, Muhyiddin, Takiyuddin, Idris Perlu Disiasat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 8:42AM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sebanyak empat laporan polis dibuat terhadap pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN)  berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat yang diumumkan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu. 

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Pakatan Rakyat (PKR) Pahang, Ahmad Saifullah Razali berkata, laporan itu bagi membolehkan pihak polis menyiasat tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun yang jelas mendahului kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Beliau berkata, ketiga-tiga pemimpin terbabit telah melakukan perbuatan pecah amanah dan jenayah yang bercanggah dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. 

"Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk pihak berkuasa melakukan satu siasatan terhadap pemimpin berkenaan," katanya ketika ditemui di sini malam tadi. 

Laporan itu dibuat petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan melibatkan AMK Pahang, Skuad Keadilan Pahang, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin Pahang dan individu perseorangan. 

Ahmad Saifullah berkata, ia susulan kenyataan media rasmi dikeluarkan Istana Negara di laman media sosial Facebook rasmi Istana Negara pada jam 12.30 tengahari, semalam. 

Tegas beliau, kenyataan Al- Sultan Abdullah itu membuktikan bahawa keputusan dibuat kerajaan PN tersebut jelas bercanggah dan mengelirukan sidang Parlimen.

Tambahnya, tindakan pimpinan berkenaan juga bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang negara. 

"Saya mengesyaki bahawa Takiyuddin, Muhyiddin dan Idris Harun telah melakukan sesuatu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen serta tidak menghormati institusi Diraja dan melanggar Perlembagaan Persekutuan," katanya. 

Pada Isnin lalu, kerajaan PN memutuskan tidak akan menasihati Al-Sultan Abdullah untuk menyambung Proklamasi Darurat yang dijadualkan tamat pada 1 Ogos ini. 

Takiyuddin menjelaskan, pembatalan semua ordinan yang dibuat sepanjang Proklamasi Darurat itu adalah berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pengumuman berkenaan mendatangkan bantahan daripada pihak pembangkang yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan tarikh keputusan itu dikuatkuasakan, dan kaedah atau mekanisme diguna pakai.

Susulan pengumuman, Al-Sultan Abdullah semalam menzahirkan rasa amat dukacita, apatah lagi ia dibuat tanpa menerima perkenan Baginda. – Getaran, 30 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

2

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai