web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Sila Letak Jawatan - Sekretariat NGO Pemuda UMNO

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 8:34AM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sudah sampai masanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana jelas mengelirukan Dewan Parlimen dalam isu pembatalan Ordinan Darurat pada Isnin lalu. 

Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, Muhyiddin perlu bertanggungjawab terhadap isu ini kerana beliau membelakangi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

"Amatlah wajar Perdana Menteri perlu mengambil rasa tanggungjawab dengan meletakkan jawatan dan digantikan dengan pemimpin yang lebih amanah serta berwibawa," katanya kepada Getaran ketika dihubungi. 

Isnin lalu kerajaan Perikatan Nasional (PN) memutuskan tidak akan menasihati Al-Sultan Abdullah untuk menyambung Proklamasi Darurat yang dijadualkan tamat pada 1 Ogos ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan, kerajaan juga membuat ketetapan membatalkan semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat, berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pengumuman mengenai pembatalan ordinan berkaitan darurat itu mendatangkan bantahan daripada pihak pembangkang yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan tarikh peraturan tersebut dibatalkan.

Blok pembangkang turut mencetuskan persoalan berhubung kaedah atau mekanisme yang diguna pakai bagi melaksanakan pembatalan ordinan berkenaan.

Susulan pembatalan, Al Sultan Abdullah semalam menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan berkenaan, apatah lagi ia dibuat tanpa mendapat perkenan Baginda.

Mengulas lanjut perkara itu, Muhammad Faiz menjelaskan perkara yang berlaku di dalam dewan Parlimen cukup mendukacitakan. 

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila Dewan Parlimen yang mulia dipermainkan dan dikelirukan sehingga mencemar Institusi Istana dan Raja. 

“Pembatalan Darurat yang dibuat sebelum mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah dianggap mencabar dan membelakangkan kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. 

"Perbuatan seumpama ini adalah satu bentuk penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan satu penipuan serta kekeliruan dalam Dewan Parlimen yang mulia," tegasnya. – Getaran, 30 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC