web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kontroversi Ordinan Darurat, Sidang Dewan Rakyat Kecoh

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 1:04PM

Sidang khas Dewan Rakyat memasuki hari ke-2 hari ini, dengan isu mengenai Ordinan Darurat menjadi antara tumpuan. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang khas Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan blok pembangkang mengenai pemansuhan Ordinan Darurat.

Ia susulan pemansuhan itu yang tidak diketahui sama ada menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah atau tidak.

Kekecohan itu bermula apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendesak Takiyuddin memberi penjelasan, disusuli Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

"Ini soal perlembagaan dan undang-undang yang ada kesan kepada rakyat setiap hari," kata Gobind Singh.

"Maknanya kerajaan ini sudah rampas kuasa Yang di-Pertuan Agong," celah Mahfuz Omar (Pokok Sena-PH).

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bahru bagaimanapun tidak menjawab persoalan ditimbulkan dan memilih untuk mematuhi arahan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun agar menjawab soalan berkaitan Proklamasi Darurat pada Isnin depan.

"Semalam Speaker mengarahkan Menteri Undang-Undang memberi penjelasan pada Isnin, sedangkan persoalan itu dibangkitkan semalam.

"Dengan itu saya meminta dengan rendah diri untuk berlaku adil kepada kerajaan (agar) saya diberi peluang beri penjelasan semua itu," katanya.

Sidang Dewan semalam diberitahu, Kabinet ketika bermesyuarat pada 21 Julai telah membuat keputusan menarik balik pelaksanaan Ordinan-Ordinan Darurat pada 21 Julai.

Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Takiyuddin,  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun dan meminta agar Ahli Parlimen Kota Bahru itu berterus terang, sekali gus mengesahkan bahawa pembatalan Ordinan Darurat itu jelas masih belum menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Menteri kata sudah batal jadi kita nak tahu kalau belum, beritahu bahawa saya tersilap, maksud saya Kabinet yang putuskan dan baru nak persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan beri ruang untuk Baginda perkenan.

"Perkara ini mendesak, serta melibatkan kuasa Parlimen, dan Agong. Soalannya spesifik, kalau belum kata belum. Kita semua tahu memang Agong belum perkenan,” kata Anwar.

Sementara itu, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said pada awal sesi berkata, beliau selaku ahli Parlimen tidak mengetahui perkara itu.

"Memandangkan sistem kita demokrasi berparlimen, Yang di-Pertua Dewan Rakyat maklumkan Menteri Undang-Undang akan beri penerangan perkara ini pada Isnin, itu akan dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC