web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Cubaan Hadkan Kehadiran Ahli Parlimen - Noor Amin Ahmad

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 12:11PM

Noor Amin Ahmad - Gambar dari Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terdapat cubaan untuk mengehadkan jumlah kemasukan Ahli Parlimen ke dalam sidang Dewan Rakyat, termasuk memendekkan tempoh masa mesyuarat sehingga tengah hari.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa, tindakan tersebut diambil bagi menafikan fungsi dan peranan Parlimen.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan cubaan itu.

“Ada usaha untuk hadkan jumlah Ahli Parlimen yang boleh masuk ke Dewan dan menghadkan tempoh masa ‘mesyuarat’ sehingga tengah hari sahaja.

“Kita akan tengok setakat mana mereka mahu terus menafikan fungsi dan peranan Parlimen,” dakwanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Noor Amin adalah antara Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang menyatakan kehadiran pada sesi Parlimen bermula hari ini.

Selain Noor Amin turut menyatakan kehadirannya adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dengan ciapan ‘First to clock-in this morning’ (Orang pertama yang sampai pagi ini).

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, menulis di Facebook miliknya bahawa beliau bangun seawal jam 6 pagi sebelum menyediakan sarapan pagi iaitu mee, telur dan kopi.

Beliau juga memberitahu turut menyediakan makanan tengah hari sebagai kunci untuk makan secara sendirian sepanjang sidang Parlimen.

“Tiba di Parlimen jam 8 pagi. Bersiap sedia dengan nota sepanjang hari,” katanya.

Di blok kerajaan pula, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique memberitahu bahawa beliau tiba di Parlimen jam 9.25 pagi dan sempat bertanya khabar kepada rakan-rakan Ahli Parlimen lain sebelum memasuki Dewan Rakyat.

Hari ini adalah sesi pertama sidang Mesyuarat Khas, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2021) dengan pembentangan Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad