web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Hamidi, Mansor Othman Positif, Jalani Kuarantin Kendiri, Rawatan Hospital

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 7:31PM

Mansor Othman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kurang beberapa jam sahaja lagi menjelang persidangan khas Dewan Rakyat esok, dua lagi ahli Parlimen dilaporkan positif COVID-19.

Kedua-dua mereka, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman masing-masing disahkan positif dalam ujian saringan yang dilakukan berasingan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, beliau setakat ini tidak menunjukkan sebarang simptom dan berada dalam keadaan yang baik.

“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

“Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain. Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian,” katanya, menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut berharap agar orang ramai tidak berputus asa dalam melawan wabak COVID-19 yang dilihat semakin memburuk.

Sementara itu, Mansor yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur sejak Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing  disahkan negatif COVID-19.

Turut disahkan negatif adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang mengumumkan perkara tersebut menerusi satu ciapan di Twitter.

“Alhamdulillah, pengesahan keputusan PCR negatif diterima melalui MySejahtera pagi ini. Sedia untuk ke Parlimen esok,” katanya.

Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini berkata, 95 peratus ahli Parlimen telah divaksin, namun mereka yang belum mengambil suntikan berkenaan masih dibenarkan menghadiri sidang itu.

Bagaimanapun difahamkan, Ahli Parlimen perlu menunjukkan keputusan saringan negatif COVID-19 jika mahu menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Terdahulu seramai 35 orang lagi petugas Parlimen turut dilaporkan positif sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan menjelang Sidang Khas Isnin ini.

Getaran diberitahu, Ahli Parlimen yang menjadi kontak rapat perlu menjalani kuarantin kendiri wajib selama 14 hari mengikut syarat  ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumaat lalu, semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani ujian calitan COVID-19 sebelum dibenarkan menghadiri Sidang Khas selama lima hari bermula 26 Julai sehingga 2 Ogos depan.

Ini adalah kali pertama sidang Dewan Rakyat diadakan sejak pengisytiharan Proklamasi Darurat Januari lalu. - Getaran, 25 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

2

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai