web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Broker Cuba Pancing Sokongan Untuk PN - Noor Amin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 3:48PM

Noor Amin Ahmad - Gambar dari Facebook Amin Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen di bawah Pakatan Harapan (PH) mendakwa dihubungi seorang broker, dalam usaha memujuk beliau untuk beralih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, ini adalah kali kelima broker sama menghubunginya, iaitu sebelum kejatuhan kerajaan PH pada 2018.

Menurut beliau, lelaki itu memang dikenali walaupun tidak secara rapat, malah mereka pernah bertemu di sebuah restoran berhampiran Parlimen pada tahun 2018.

“Soalan yang ditanyakan setiap kali dihubungi adalah sama namun sebelum ini beliau tidak menggunakan nama kerajaan PN kerana ia belum wujud pada tahun 2018.

“Bagaimanapun, ketika sekali lagi dihubungi semalam, lelaki terbabit bertanya jika saya boleh berikan sokongan kepada kerajaan PN,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Noor Amin bagaimanapun berpendapat, broker terbabit tidak dilantik oleh mana-mana parti sebaliknya mengaut keuntungan di atas angin jika berjaya mendapatkan sokongan mana-mana Ahli Parlimen yang dihubungi.

“Setakat yang saya tahu, ada lagi dua tiga Ahli Parlimen dihubungi broker berkenaan untuk mendapatkan undi, terutamanya mereka yang masih baharu dalam politik,” katanya.

Beliau menarik perhatian, broker itu juga tidak pernah menawarkan apa-apa habuan kepadanya, sebaliknya hanya mencadangkan untuk memohon jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) jika memberikan sokongan.

“Semalam ketika dihubungi, tiada penawaran sempat dibuat kerana saya menolaknya mentah-mentah sebelum memberikan ‘khutbah’ ringkas berkaitan politik wibawa,” katanya. - Getaran, 16 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad