web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Gagal Jalan Tugas Dengan Baik, Najib Fitnah!

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 9:02PM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan dilempar oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa barisan menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menjalankan tugas dengan baik adalah satu fitnah dan amat dikesali.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kenyataan dibuat Najib seolah-olah menunjukkan beliau terlupa bahawa sebahagian besar hal berkaitan COVID-19 dan suntikan vaksin diuruskan oleh menteri yang bernaung di bawah UMNO.

Menurut beliau, semua menteri berkaitan dilihat sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sehabis baik demi memastikan segala perkara berkaitan dapat ditangani secara menyeluruh.

“Yang mengurus vaksinasi ialah Menteri UMNO. Yang mengurus SOP ialah Menteri UMNO. Yang mengurus hospital dan pasukan kesihatan ialah Menteri UMNO. Mereka semua berkhidmat sehabis baik demi negara.

“Tiba-tiba Najib nak fitnah menteri-menteri parti sendiri sengaja buat silap untuk memanjangkan pandemik. Mana logiknya? Kalau iya pun Najib stress sebab takut (Penjara) Sungai Buloh, janganlah sampai terlupa bahawa pasukan pengurus bencana COVID kita, ketua-ketuanya ramai dari UMNO yang sentiasa jalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam kerajaan Perikatan Nasional,” katanya di sini hari ini.

Wan Saiful menyatakan demikian susulan kenyataan dibuat Ahli Parlimen Pekan itu bahawa kerajaan sengaja melakukan kesilapan dalam menangani perkara berkaitan COVID-19 kerana enggan melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, jelas ketika ini Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggunakan strategi sama, iaitu mengalih pandangan atau diversion bagi mempengaruhi rakyat.

“Ada laporan berita mengatakan, penyokong Najib dan Ahmad Zahid dalam MKT UMNO dipetik sebagai berkata, mereka akan mengalami kerugian jika bilangan kes COVID-19 menurun kerana kredit akan diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka khuatir apa akan jadi kepada UMNO jika keadaan sudah reda dan eknomi meningkat.

“Bunyinya macam Ketua Perungut Kebangsaan Najib Razak gembira kalau COVID-19 lebih buruk sebab dia akan boleh merungut lebih banyak dan boleh terus ambil kredit. Kalau COVID reda, mereka rugi sebab tak boleh ambil kredit. Bila rahsia pecah, nampaknya Najib sekali lagi cuba alih pandangan supaya orang tak nampak strategi sebenar dia,” katanya.

Wan Saiful menarik perhatian, semua langkah itu disusun untuk membolehkan Najib dan Ahmad Zahid mengkritik Perdana Menteri, supaya rakyat melihat seolah-olah kerajaan terdiri daripada pasukan berbeza, sedangkan seluruh jentera kerajaan, termasuk barisan menteri UMNO sepakat bertungkus lumus membanteras COVID-19.

“Begitu rendah integriti dan moral manusia sebegini. Dalam waktu kita seharusnya menunjukkan empati serta memberi tumpuan kepada membantu dan menjaga rakyat, dia anggap isu hidup mati rakyat sebagai modal politik untuk mencari manfaat peribadi dia sahaja,” katanya. - Getaran, 9 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish