web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan TPM, Menteri Kanan: UMNO Cuba Raih Kuasa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 9:26AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak penubuhannya lebih setahun lalu, kedudukan Perikatan Nasional (PN) dilatari pelbagai krisis pentadbiran, termasuk keputusan UMNO yang hanya akan memberikan sokongan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Keputusan UMNO itu menimbulkan tanya tanya dalam kalangan banyak pihak berhubung masa depan PN sama ada mampu terus memiliki majoriti Ahli Parlimen dan bertahan sebagai parti pemerintah atau berdepan kehilangan kuasa.

Susulan itu, PN dilihat banyak 'bertolak ansur' dengan bersikap terbuka untuk berkolaborasi bersama beberapa parti, termasuk UMNO, malah terkini mengumumkan pelantikan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik memegang portfolio Menteri Kanan Luar, berkuatkuasa serta merta.

Namun, di sebalik pelantikan dua pemimpin terbabit, penganalisis politik berpandangan jawatan diberikan itu hanya menyerlahkan sikap UMNO untuk mendapatkan kuasa, malah kesan baik daripada kerjasama berkenaan sukar diperoleh.

Biarpun pelantikan itu dilihat sebagai langkah supaya UMNO kekal menyokong PN, usaha terbabit tidak sewajarnya dilaksanakan kerana tumpuan ketika ini seharusnya diberikan untuk menangani COVID-19, membantu rakyat terkesan dan memulihkan ekonomi.

Dr Mohd Azmir Mohd Nizah
Dr Mohd Azmir Mohd Nizah



Penganalisis Politik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, berkata pelantikan itu akan menimbulkan persepsi bahawa fokus UMNO hanya kepada kuasa.

"Saya berpandangan apabila pelantikan ini dibuat, akan menyebabkan tercetusnya pergolakan kuasa yang sedia ada dalam UMNO.

"Pelantikan ini juga mungkin masa yang sesuai bagi PN tetapi tidak bagi UMNO kerana parti lain sedang memerhati bentuk penjajaran baharu yang mungkin wujud seperti pernah dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini," katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Azmir bagaimanapun berkata, keputusan melantik Ismail Sabri dan Hishammuddin itu diharap dapat membawa kestabilan kepada parti pemerintah serta UMNO.

"Kebaikannya (pelantikan ini) adalah Ismail Sabri berperanan menjadi komander kedua selepas Perdana Menteri untuk mentadbir negara.

"Saya harap pelantikan ini juga mengurangkan desas-desus isu PRU-15 atau kemungkinan berlaku pertukaran kerajaan, selain mengurangkan cerita politik kuasa dan meningkatkan fokus kepada pengurusan COVID-19 yang semakin parah," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, susulan pelantikan itu, UMNO turut diharap kurang memberi fokus terhadap taktik politik dan menumpukan perhatian kepada tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Fokus perlu diberikan untuk pengurusan kes COVID-19 yang statik, pengurusan impak kepada ekonomi, idea lebih bernas tanpa halangan parti, peningkatan keberkesanan sistem kesihatan dan keberkesanan sistem sokongan sosial.


Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Sementara itu, Penganalisis Politik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali menggambarkan pelantikan berkenaan seolah-olah menunjukkan UMNO cuba 'menarik tali' untuk menekan kerajaan.

Beliau berkata, usaha yang sepatutnya dibuat pada masa ini adalah menumpukan kepada membendung penularan COVID-19, bukan fokus semata-mata kepada agenda politik.

"Kita kini di peringkat tidak boleh fokus kepada politik sahaja, sebaliknya kena bekerja untuk membendung COVID-19 malah, Yang di-Pertuan Agong sudah menitahkan supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

"Jika benar UMNO menekan (untuk mendapatkan kuasa), saya beranggapan tindakan ini tidak wajar memandangkan kes (positif) pandemik kini semakin meningkat," katanya.

Ditanya mengenai kebaikan pelantikan dua pemimpin kanan UMNO itu, Mazlan berkata, langkah terbabit dilihat sebagai usaha supaya parti berkenaan terus kekal menyokong PN dan bersama-sama menyelesaikan masalah COVID-19.

"Walaupun UMNO nak main politik, dilihat tidak jujur dan seolah-olah sengaja menekan kerajaan, namun rakyat boleh melihat ada usaha untuk menyelesaikan masalah pandemik dihadapi negara," katanya. - Getaran, 8 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad