web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sidang Parlimen Pendek Bukan Untuk Dengar Kuliah Menteri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 3:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh persidangan Parlimen selama lima hari bermula 26 Julai ini bagi Dewan Rakyat dan tiga hari mulai 3 Ogos depan bagi Dewan Negara, disifatkan terlalu pendek serta tidak menepati titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah.

Majlis Presiden Pakatan harapan (PH) menerusi kenyataan hari ini berkata, sidang khas itu terlalu pendek untuk membahaskan perkara membabitkan Proklamasi Darurat, Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti yang dititikberatkan baginda.

“Selepas diberi peringatan tiga kali oleh Yang di-Pertuan Agong serta tekanan pelbagai parti politik dan rakyat Malaysia, akhirnya Perdana Menteri akur dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda untuk memanggil sidang Parlimen.

“Bagaimanapun, kami amat kesal kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berniat untuk memberi penerangan berkaitan PPN COVID-19 tanpa sebarang perbahasan, malah, perkara Proklamasi Darurat serta Ordinan Darurat hanya akan dibentang dan tidak dibahas mahupun diputuskan. Ini langsung tidak menepati titah pandangan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Kenyataan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu juga menekankan, persidangan kali ini hanya satu sandiwara politik yang sekadar melepas batok di tangga, jika PN masih mengingkari pandangan dizahirkan Seri Paduka.

Majlis Presiden PH berkata, Parlimen adalah medan mendengar masalah, menyuarakan rintihan dan memulihkan harapan rakyat, selain mencari penyelesaian kepada krisis negara.

“Prinsip akauntabiliti dan ketulusan perlu ditegakkan dengan peranan semak dan imbang, membabitkan semua Ahli Parlimen serta Parlimen, bukannya pentas untuk hanya mendengar kuliah menteri tanpa diberi ruang membahas.

“Oleh itu, kerajaan perlu menjemput pihak pembangkang untuk bersama-sama merangka dan mengatur perjalanan sidang khas Parlimen ini yang mesti mengusahakan penyelesaian supaya rakyat dapat keluar dari krisis COVID-19 serta ekonomi ini,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 sehingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat.

Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari bermula 3 sehingga 5 Ogos ini.

Persidangan itu bertujuan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berkenaan PPN dan meminda semua perundangan serta peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 19 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 37 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad