web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Jangan Peralat Speaker Dewan Rakyat - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 6:27PM

Anwar berkata tindakan kerajaan memendekkan sidang Parlimen dilihat sebagai satu penipuan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya tidak memperalatkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, serta memandang remeh kebajikan rakyat ketika sidang khas Parlimen bermula 26 Julai nanti.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan memendekkan sidang Parlimen dilihat sebagai satu penipuan, kerana tidak menunjukkan tanda bahawa sesi perbahasan akan diadakan secara terbuka.

Menurut beliau, hal berkaitan COVID-19, kebajikan rakyat dan salah guna kuasa bukan sesuatu yang harus dipandang ringan.

“Kerajaan diingatkan agar tidak menggunakan kuasa sesuka hati tanpa berpandukan kepada prinsip asas demokrasi berparlimen. Sidang Parlimen biasanya diadakan untuk memastikan kerajaan itu ditadbir mengikut peraturan supaya tiada salah guna kuasa termasuk mengenal pasti adanya proses semak dan imbang. Tiada petunjuk bahawa akan ada perbahasan yang terbuka.

“Tetapi apa yang cuba dilakukan seolah satu bentuk penipuan kerana selain tempoh sidang dipendekkan, tidak ada petunjuk bahawa sesi perbahasan terbuka akan dilakukan,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, keputusan kerajaan membuka Parlimen adalah disebabkan oleh desakan ramai pihak.

“Parlimen akhirnya akan bersidang selama lima hari bermula 26 Julai. Itu pun setelah desakan dan asakan dari bawah iaitu rakyat, ahli parlimen sehingga yang di-Pertuan Agong, dan Raja-Raja Melayu.

“Inilah betapa teruknya barah Perdana Menteri dan kerajaan sekarang. Jadi persoalan yang kita bangkitkan adalah yang pertama, untuk apa sidang dewan parlimen ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan pada 2 Ogos depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi kenyataan sama, PMO turut memaklumkan bahawa sesi Dewan Negara dibuat selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos depan. - Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad