Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pemerintahan Muhyiddin Akan Berakhir Jika 5 Ahli Parlimen UMNO Menarik Sokongan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 3:05PM

Sekiranya UMNO menarik diri dari PN, ia bermakna, kepimpinan Muhyiddin akan berakhir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam konteks politik di negara ini, ia berubah dengan sangat pantas.

Melihat keadaan itu, pada bulan lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa kedudukannya selamat dan kukuh berikutan pengisytiharan darurat yang diumumkan pada Januari lalu.

Disebabkan itu, Parlimen telah pun ditangguhkan, dan secara tidak langsung menyukarkan proses untuk mencabar sokongan terhadapnya di Dewan Rakyat, perkara itu menjadi perdebatan hangat sejak Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Presiden BERSATU itu juga mendapat sokongan tiga mantan Ahli Parlimen PKR, yang kelihatan menyokong Muhyiddin di Parlimen, di mana ramai mempersoalkan perkara itu berlaku dalam keadaan perbalahan.

Namun, melihat dari aspek kesuntukan masa, darurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos, Muhyiddin dilihat berada pada posisi agak goyah.

Menarik perhatian, spekulasi mengenai rancangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk menarik sokongan UMNO dari kerajaan Perikatan Nasional juga menjadi perbualan.

Memetik laporan media, desas-desus yang mengatakan bahawa Zahid telah mengumpul kira-kira 30 tandatangan daripada 47 anggota Majlis Tertinggi UMNO untuk menjatuhkan PN dengan segara, merupakan satu ketetapan yang diluluskan pada perhimpunan agung parti pada Mac lalu.

Kata dua bertempoh 14 hari yang dikeluarkan Presiden UMNO itu, agar persidangan Parlimen dilakukan dengan segera juga berakhir semalam, dengan mengambil kira tarikh permintaan itu diumumkan, pada 21 Jun.

Sekiranya Zahid menarik partinya keluar dari PN, ia bermakna, kepimpinan Muhyiddin akan berakhir.

Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perdana Menteri harus mengundurkan diri dari Kabinetnya atau meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Dewan.

Setakat ini, Ahli Parlimen UMNO menyumbang sebahagian besar penggubal undang-undang PN, dengan 38 daripada 115 kerusi di Dewan Rakyat, walaupun seorang (Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) telah menarik sokongannya kepada Perdana Menteri pada 9 Januari lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz juga telah menarik sokongannya pada 11 Januari, tetapi menyatakan kesetiaannya semula pada Jumaat lalu.

Ini memberikan Muhyiddin majoriti tipis, dengan sokongan hanya 114 dari 220 Ahli Parlimen hari ini.

Manakala, kerusi Batu Sapi dan Gerik kosong berikutan kematian penyandang masing-masing.

Walaupun Muhyiddin merancang untuk mendapatkan majoriti Ahli Parlimen UMNO, namun ia kelihatan sukar.

Sebilangan anggota Parlimen UMNO ini dikatakan percaya bahawa Parlimen tidak boleh dibubarkan dan pilihan raya tidak boleh diadakan selagi COVID-19 masih berleluasa.

Bagaimanapun, jika parti itu bertindak berdasarkan mandat yang diberikan oleh perwakilan dalam mesyuarat tahunannya, tiga bulan lalu, maka rakyat Malaysia akan segera keluar untuk memberikan suara, walaupun jumlah jangkitan harian COVID-19 yang tinggi. - Getaran, 5 Julai 202.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

Luar Negara 16 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar