web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perak Akan Cadang Tarikh Sidang DUN Bagi Mohon Perkenan Sultan Nazrin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 2:09PM

Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Negeri Perak akan mencadangkan tarikh bagi mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memohon perkenan baginda.

Speaker DUN Perak Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Nazrin bagi menyembah maklum mengenai cadangan tarikh untuk persidangan itu pada minggu ini.

“Saya difahamkan dalam minggu ini Menteri Besar akan menghadap Tuanku Sultan untuk sembah maklum cadangan tarikh untuk mengadakan Sidang DUN.

“Selepas mendapat perkenan dari Tuanku, barulah kita akan keluarkan notis untuk memanggil sidang dewan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohammad Zahir dilaporkan berkata persidangan DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya Jun ini selepas persidangan terakhir pada Disember lepas ketika pembentangan Belanjawan 2021 negeri.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu lepas menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan pula dipetik berkata di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.

Jumaat lepas, beberapa negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah memaklumkan akan membuat permohonan bagi mengadakan sidang DUN manakala Perlis dijadual kembali bersidang selama tiga hari bermula 24 Ogos.

Pada Sabtu lepas, sidang DUN Melaka dilaporkan akan diadakan selewat-lewatnya pertengahan bulan depan selepas tarikh sebenar pelaksanaannya digazetkan.

Semalam pula, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan Kedah belum bercadang untuk mengadakan persidangan DUN dan hanya melaksanakannya selepas Parlimen bersidang berikutan masih terikat dengan Ordinan Darurat.

DUN Kelantan juga dilaporkan hanya akan bersidang selepas Parlimen mengumumkan tarikh persidangannya, kata Yang Dipertuanya Datuk Abdullah Ya’kub. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Pahang Perketat Proses Pajakan, Pindah Milik Tanah - MB

3

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Libatkan Saya Dengan Permainan Politik - Johari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerja Pembinaan Jambatan Sungai Sepang Dijangka Bermula Tahun Depan - Aminuddin

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad