web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilihan 2021: PKR Lulus Usul Kekal Jawatan Sehingga Tarikh Pemilihan Ditentu Kelak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 1:24PM

Saifuddin Nasution berkata mengikut perlembagaan parti, MPP boleh mengawalkan atau menangguhkan pemilhan parti, tetapi tidak melebihi 18 bulan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pemegang jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Jawatankuasa Cabang PKR bagi sesi 2018-2021 dikekalkan sehingga pemilihan parti kelak, adalah antara dua usul yang diluluskan dalam Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 hari ini.

Satu lagi usul yang diluluskan perwakilan kongres itu ialah, pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada November ini, ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh MPP tidak lewat dari Mei 2023.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang membentangkan usul MPP itu berkata, dalam perlembagaan parti, Perkara 47.1 disebut bahawa MPP boleh mengawalkan atau menangguhkan pemilhan parti, tetapi tidak melebihi 18 bulan.

“Dengan menggunakan fasal ini, MPP pada 28 Februari lepas membuat keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti 2021 ke satu tarikh yang akan diputuskan kemudian,” katanya.

Beliau menjelaskan penggal jawatan adalah hanya tiga tahun dan semua jawatan yang dipilih pada November 2018, sepatutnya berakhir pada November tahun ini.

Kedua-dua usul tersebut kemudian diluluskan sebulat suara oleh perwakilan kongres berkenaan.

Seramai kira-kira 2,000 perwakilan menyertai kongres itu secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, bermula dari pukul 8 pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad