Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemimpin BERSATU Biadab, Tidak Hormat Titah Agong

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 9:31PM

Mohd Mustaqim Abdul Jalil - Gambar dari Facebook Mohd Mustaqim Bin Abdul Jalil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang menyelar kenyataan angkuh dan biadap ahli majlis pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Muhammad Faiz Na'aman yang menyifatkan tindakan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mendesak sidang Parlimen dibuka segera sebagai sikap binatang politik. 

Kenyataan dibuat Muhammad Faiz juga dilihat seolah-olah mencabar keputusan dan kenyataan dikeluarkan Majlis Raja-Raja semalam, yang meminta sidang Dewan Rakyat disegerakan bagi membuka ruang untuk proses semak dan imbang dilakukan dengan lebih berkesan. 

Ketua AMK negeri, Mohd Mustaqim Abdul Jalil berkata, kenyataan Muhammad Faiz itu secara tidak langsung menunjukkan sikap kurang ajar dan ketakutan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa mereka. 

"Saya hairan dengan kenyataan dibuat beliau yang dilihat sebagai bodoh sombong dan kurang ajar sedangkan kenyataan penuh dikeluarkan Majlis Raja Raja adalah jelas, meminta sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

"Kalau ikut logik, jika kenyataan itu dikeluarkan Majlis  Raja-Raja, maka ia adalah titah rasmi dan perlu diperkenankan mereka (kerajaan PN) dan bukannya tampil dengan pelbagai alasan. 

"Jadi sekarang, apa masalah sampai susah sangat nak buka Parlimen, tidak perlulah kita tunggu sampai bulan September," katanya di sini, hari ini. 

Terdahulu, Dr Muhammad Faiz dilaporkan berkata, desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan jika enggan membuka sidang Parlimen sebagai tindakan binatang politik dan cubaan menangguk di air keruh. 

Mohd Mustaqim turut yakin bahawa semua pihak berkaitan, terutamanya di bahagian Parlimen sudah bersedia untuk memastikan kelancaran sidang Parlimen jika dibenarkan dibuka sekarang. 

"Sebelum ini pun perjalanan sidang Parlimen berlangsung dengan sempurna dan dapat dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Tidak ada masalah berlaku, jadi kenapa sekarang tidak boleh (buka sidang Parlimen). 

"Adakah ini menunjukkan bahawa mereka (kerajaan PN) dalam dilema dan sebenarnya mereka dalam keadaan sangat lemah hingga tidak berupaya berdepan dengan realiti, bahawa mereka sudah gagal menguruskan pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu," katanya. 

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap kerajaan PN yang tidak mampu melaksanakan sidang Parlimen secara maya, sedangkan ribuan mesyuarat menggunakan kaedah itu berjaya dilakukan setiap bulan tanpa sebarang isu atau masalah timbul. 

"Adakah capaian internet di Malaysia begitu teruk hinggakan kita tidak mampu mengadakan sidang (Parlimen) secara dalam talian. 

"Kami akan terus mendesak agar sidang Parlimen dapat dilaksanakan seawal bulan depan supaya pelbagai isu berbangkit selama ini dapat dijelaskan oleh pihak kerajaan kerana rakyat berhak untuk tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku di negara ini," katanya. – Getaran, 17 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

Semasa 19 jam yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

Semasa 1 hari yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat