web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Perhebat Persiapan Hadapi Kemungkinan PRN Awal, PRU16 Mengejut

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2026 10:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah bersiap siaga susulan spekulasi yang semakin memuncak mengenai kemungkinan pembubaran awal beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) secara mengejut.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, suruhanjaya itu mengekalkan tahap kesiapsiagaan operasi sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran segera DUN di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, selain mempergiat persiapan di seluruh negara menjelang PRU16.

Langkah tersebut menyusul selepas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi bayangan bahawa PRU16 berpotensi diadakan lebih awal daripada tarikh tamat penggal Parlimen semasa pada Disember 2027.

Menurut Ramlan, SPR telah mengaktifkan beberapa langkah proaktif bagi memastikan segala urusan pilihan raya dapat dilaksanakan secara lancar dan mematuhi tempoh yang ditetapkan Perlembagaan sekiranya Parlimen atau mana-mana DUN dibubarkan secara mengejut.

"Ia termasuk penyelarasan antara pejabat pilihan raya negeri dengan pejabat pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing,” katanya, seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, SPR turut melaksanakan pengemaskinian lokasi pusat mengundi dan kemudahan logistik, menjalankan latihan kepada petugas pilihan raya serta menilai keperluan peralatan di negeri-negeri berkaitan.

Dalam masa sama, katanya, SPR sedang melakukan semakan terperinci dan pengumpulan data berkaitan keperluan operasi serta logistik bagi menghadapi PRU16, termasuk aspek perolehan, pengurusan tenaga kerja, bahan pilihan raya dan komponen penting lain untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara.

Ramlan bagaimanapun enggan mendedahkan anggaran kos pilihan raya buat masa ini, sebaliknya menjelaskan, jumlah perbelanjaan keseluruhan bergantung kepada keperluan operasi semasa dan keputusan berhubung tarikh pelaksanaan pilihan raya.

“Dari sudut implikasi kewangan, anggaran kos pelaksanaan pilihan raya umum bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah pengundi berdaftar, bilangan pusat mengundi, penggunaan teknologi, peralatan pilihan raya dan keperluan operasi semasa,” katanya.

Beliau memaklumkan, SPR terus bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kewangan bagi memastikan semua urusan perolehan dan keperluan berkaitan pilihan raya diurus secara teratur serta berhemah.

“Berdasarkan peruntukan undang-undang, SPR mempunyai tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran untuk melaksanakan proses pilihan raya.

“Momentum persiapan rapi yang sedang giat dilaksanakan ketika ini akan diteruskan bagi memastikan segala urusan pilihan raya dapat dijalankan secara cekap dan lancar,” katanya.

Ramlan menegaskan, SPR kekal bersedia dari sudut perlembagaan untuk menghadapi sebarang pembubaran Parlimen, dengan persiapan berterusan dilaksanakan merangkumi semua sektor operasi.

Antara aspek yang diberi tumpuan termasuk pengurusan daftar pemilih, penyediaan pusat mengundi, latihan pegawai pilihan raya, sistem pengundian pos, pengurusan teknologi serta perolehan bahan penting seperti kertas undi, peti undi dan dakwat kekal.

Sejak 15 Disember 2021, SPR turut melaksanakan mekanisme pendaftaran pemilih automatik dan pengemaskinian berterusan pusat mengundi bagi meningkatkan aksesibiliti proses pilihan raya serta kecekapan pentadbiran.

“Daftar pemilih semasa sentiasa diselenggara, dikemas kini dan diwartakan setiap bulan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau memberitahu, bagi aspek logistik dan operasi, SPR juga menjalankan semakan berkala terhadap stok simpanan bahan pilihan raya termasuk peralatan mengundi serta keperluan teknikal lain bagi memastikan proses pilihan raya dapat dilaksanakan dalam tempoh ditetapkan sekiranya Parlimen dibubarkan.

“SPR juga sentiasa mengemas kini keperluan peralatan tambahan bagi memudahkan dan melancarkan proses perolehan pada masa hadapan,” katanya lagi. - Getaran, 20 Mei 2026

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

oleh Sophia Ahmad