web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MKT UMNO Bakal Putus Permohonan Untuk Bekas Pemimpin Kembali Sertai Parti 

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2026 6:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka membuat keputusan terhadap permohonan dan rayuan bekas pemimpin serta tokoh politik yang ingin kembali menyertai parti itu, selepas proses penilaian selesai dilakukan Jawatankuasa Perpaduan Negara parti. 

Ahli MKT, Datuk Othman Desa berkata, mesyuarat pertama telah diadakan awal bulan ini bagi menetapkan garis panduan serta syarat penilaian, manakala mesyuarat kedua dijangka berlangsung selepas Aidilfitri bagi meneliti permohonan yang telah diterima.

Beliau berkata, setiap permohonan akan dinilai secara terperinci kerana sebahagiannya melibatkan bidang kuasa Lembaga Disiplin dan MKT UMNO.

“Jawatankuasa akan meneliti setiap kes kerana ada yang berada di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin dan MKT. 

“Kes tertentu boleh diputuskan di peringkat jawatankuasa, manakala kes melibatkan kesalahan serius akan diputuskan dalam mesyuarat MKT,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jawatankuasa itu akan memberikan saranan sama ada menerima atau menolak setiap permohonan, namun keputusan muktamad masih terletak pada MKT.

Difahamkan, bekas ahli yang keluar parti secara sukarela tanpa dikenakan tindakan disiplin seperti penggantungan atau pemecatan berkemungkinan diputuskan di peringkat jawatankuasa.

Sebaliknya, kes melibatkan individu yang digantung atau dipecat atas pelanggaran disiplin atau kesalahan serius akan dirujuk kepada MKT untuk keputusan akhir.

Othman yang juga Pengerusi Veteran UMNO berkata, maklum balas diterima setakat ini adalah menggalakkan susulan keterbukaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menerima semula bekas ahli dan pemimpin.

“Sebahagian mereka telah bertemu presiden secara peribadi untuk mengemukakan permohonan dan rayuan. Saya melihat respons yang sangat positif daripada bekas pemimpin dan ahli,” katanya.

Antara yang dilaporkan telah mengemukakan rayuan ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, selain Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif serta Datuk Maulizan Bujang.

Sementara itu, Tan Sri Noh Omar turut menyatakan kesediaan untuk kembali menyertai UMNO selepas meninggalkan BERSATU, namun dilaporkan meletakkan syarat agar parti itu menamatkan kerjasama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan lain, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang digantung pada 2023 dilaporkan belum bersedia untuk kembali ke arena politik buat masa ini.

Nama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta bekas Ahli Majlis Tertinggi, Tan Sri Dr Rais Yatim turut disebut sebagai antara pemimpin berpotensi untuk kembali, namun setakat ini difahamkan belum mengemukakan sebarang permohonan.

Langkah ini susulan resolusi Perhimpunan Agung UMNO pada Januari lalu untuk menubuhkan platform “Rumah Bangsa” bagi membuka ruang kepada bekas ahli kembali, selain inisiatif “Kolaborasi Agung”, bertujuan menyatukan parti politik berteraskan Melayu dan Islam, termasuk yang berada di blok pembangkang. - Getaran, 25 Mac 2026.

Berita Berkaitan

1

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

3

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad