web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Ibrahim Paling Layak Jadi PM - AMK Terengganu

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 10:15PM

Yuslaini Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu paling layak untuk ditampilkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu dalam usul menyokong pencalonan beliau berkata, kewibawaan dimiliki Anwar melayakkan beliau menyandang jawatan tertinggi negara itu.

Wakilnya, Yuslaini Azmi dalam persidangan kongres tahunan sayap berkata, AMK Terengganu sejak dahulu lagi sentiasa konsisten dalam sokongan mereka dan sepakat melihat Anwar sebagai calon yang paling layak.

“Nilai kepimpinan (Datuk Seri) Anwar jelas terbukti apabila beliau banyak sekali memperjuangkan isu berkaitan rakyat marhaen ketika negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.

“Tiada pemimpin pembangkang yang memiliki pengaruh sehebat ini,” katanya dalam persidangan secara maya itu.

Sementara itu ketika dihubungi Getaran, Yuslaini berkata, negara kini sedang berhadapan saat getir ekoran peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Senario itu katanya diburukkan pula oleh krisis kepimpinan kerajaan pusat, angkara segelintir anggota Kabinet yang tidak kompeten dalam menjalankan tugas.

“Dalam saat ini, Anwar kami lihat satu-satunya pemimpin yang cukup ampuh untuk menangani krisis dihadapi negara.

“Beliau lantang bersuara dan tidak gentar menyuarakan kebenaran, contohnya ketika isu pencerobohan pesawat prototaip Israel baru-baru ini,” tegasnya.

Mengakui sokongan terhadap Anwar agak lari dari matlamat asal AMK yang mahu mengenengahkan pemimpin muda, Yuslaini berkata, krisis kepimpinan negara semakin parah dan ia memerlukan sentuhan seorang individu berpengalaman luas.

“Untuk waktu kritikal seperti ini, kita memerlukan pemimpin yang berpandangan luas.

“Benar kita ada pemimpin seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (bekas Menteri Belia dan Sukan), namun beliau tidak cukup ampuh untuk mengemudi negara pada waktu sukar seperti ini,” katanya. - Getaran, 5 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 36 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad