web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 9:22PM

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor percaya bahawa gabungan tersebut akan memiliki peluang lebih besar untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu sekiranya mereka meletakkan calon Melayu.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, perkara itu telah disuarakan di peringkat akar umbi dengan beliau sendiri akan membangkitkannya dalam mesyuarat penentuan calon PN nanti.

Katanya, dalam kalangan pengundi di kawasan tersebut tidak akan mengambil kisah mengenai parti yang akan mewakili PN bagi bertanding di PRK tersebut asalkan calon yang diletakkan adalah orang Melayu.

"Di peringkat PN belum ada keputusan tetapi kita akan runding calon terbaik. Sebelum ini calon kita dari GERAKAN tetapi kali ini orang berharap calonnya Melayu.

"Walaupun dari GERAKAN, tetapi calonnya kena Melayu dan itu akan memberi peluang lebih besar untuk menang. Pada pandangan orang, calon dari parti apa pun tak mengapa, janji Melayu.

"Itu pandangan akar umbi dan saya pun akan cakap macam itu juga dalam mesyuarat penentuan calon. Lebih baik saya cakap siap-siap sekarang," katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon dekat sini, hari ini.

Mengulas pandangan pihak tertentu menyatakan kawasan tersebut kubu kuat Pakatan Harapan (PH), Muhammad Sanusi berkata, perkara itu tidak akan diketahui selagi belum tiba hari pengundian.

"Lawan dulu, baru tahu... Pola pengundian sekarang pun dah banyak berubah dan saya harap PN menang.

"Rakyat protes banyak dah disebabkan harga barang naik dan ringgit jatuh. Saya harap rakyat guna kesempatan ini untuk beri mesej protes itu," katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan, 11 Mei ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.

Ia susulan kekosongan kerusi N06 itu selepas kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dilaporkan berkata, tarikh penamaan calon ditetapkan pada 27 April iaitu pada hari Sabtu dengan hari undi awal pada 7 Mei depan. – Getaran, 18 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad