web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita PKR Tolak Kerjasama Dengan Tun M

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 5:52PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan wanita PKR mencadangkan supaya parti itu tidak menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya telah menyebabkan keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) awal tahun lalu.

“Sejarah tak mungkin terpadam apabila beliau tanpa budi bicara telah meletak jawatan yang menyebabkan keruntuhan PH yang memang menjadi harapan kepada rakyat.  Selama 60 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, hampir dua tahun PH memerintah dan kini Perikatan Nasional (PN).

“Dua tahun singkat untuk kita membuat pembaharuan dan tidak cukup untuk melaksanakan seluruh agenda reformasi,” Ketua Wanita PKR Perak Junaida Jamaludin pada sesi perbahasan usul ucapan dasar ketua wanita pada Kongres Wanita Nasional 2020 bersempena Kongres Nasional PKR 2020 hari ini.

Pada 24 Feb tahun lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi parti Bersatu.

Senada dengan Junaida ialah perwakilan Melaka Fadillah Mohd Salleh yang memberi peringatan dan teguran kepada seluruh ahli serta kepimpinan parti agar mengambil iktibar daripada peristiwa kejatuhan PH, tidak dibuai mimpi semasa kejayaan sehingga terleka daripada membantu rakyat.

"Sikap ketidaksamaratan tidak perlu wujud dalam parti selain sikap pilih kasih juga menyebabkan perbezaan pendapat disalah erti sehingga ada yang disabotaj,” katanya.

Sementara itu, perwakilan Pulau Pinang Marina Shafiee pula mencadangkan supaya calon hanya dibenarkan bertanding satu kerusi sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Wanita PKR Cawangan Bukit Mertajam itu berkata cadangan berkenaan bertujuan untuk membolehkan setiap calon yang terpilih sebagai wakil rakyat dapat memberikan perkhidmatan dengan lebih berfokus, berkesan dan membolehkan kebajikan rakyat boleh ditadbir urus dengan lebih baik.

Beliau berkata pada masa sama mencadangkan supaya 30 peratus daripada pendapatan parti dapat disalurkan kepada sayap itu untuk membolehkan pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Seramai 15 pembahas, 14 mewakili negeri dan seorang pembahas mewakili Srikandi membahaskan ucapan dasar berkaitan pendidikan, alam sekitar, keganasan berasaskan gender dan juga hal ehwal antarabangsa. 

Semasa sesi penggulungan Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh berkata seramai 369 daripada 656 perwakilan yang layak telah menyertai Kongres Nasional Wanita PKR 2020 sekali gus mencukupi syarat korum kongres tersebut yang buat julung kalinya diadakan secara maya itu. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 35 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut