Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Tahniah Kemenangan Prabowo Dalam PILPRES Indonesia

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 9:21AM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto susulan kemenangannya dalam Pemilihan Presiden Indonesia.

Anwar memaklumkan beliau adalah pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Prabowo, selepas keputusan rasmi Pemilihan Umum (PEMILU) diumumkan malam tadi.

"Saya telah menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaikan salam tahniah di atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai.

"Saya dimaklumkan saya pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau selepas pengumuman keputusan rasmi PEMILU sebentar tadi. 

"Ini cukup bermakna kerana melambangkan nilai persahabatan antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tetangga yang dekat dan penting," katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.

Selain itu, Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan bahawa Prabowo dapat menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan dan kemakmuran Indonesia.

Malah, beliau dan Prabowo turut bertekad untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai aspek sebagai negara jiran, selain berikrar akan bekerjasama rapat dalam pelbagai forum pelbagai hala, terutama dalam ruang lingkup ASEAN.

"Selamat maju jaya dan saya menyatakan keyakinan bahawa Bapak Prabowo pasti dapat menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan yang berterusan dan kemakmuran negara Indonesia.

"Kedua-dua kami bertekad untuk memperkukuh hubungan dua hala yang mencakup pelbagai aspek sebagai negara jiran dan berikrar untuk bekerjasama rapat di pelbagai forum pelbagai hala terutamanya dalam ruang lingkup ASEAN," katanya.

Sementara itu, kemenangan Prabowo dan gandingannya, Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024, diumumkan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU), Hasyim Asy'ari, semalam.

Berdasarkan kiraan undi di 38 wilayah Indonesia dan 128 pusat pengundian di luar negara, Prabowo-Gibran mendapat 58.6 peratus atau 96,214,691 undi daripada 164,227,475 undi.

Pesaing mereka, pasangan Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar memperolehi 24.9 peratus atau 40,971,906 undi, manakala Ganjar Pranowo-Mahfud MD mendapat 16.5 peratus atau 27,040,878 undi.

Hasil rumusan KPU menunjukkan Prabowo-Gibran menang di 36 wilayah, dan dua lagi wilayah dimenangi Anies-Muhaimin. - Getaran, 21 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 29 minit yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

3

Semasa 3 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Sukan 1 hari yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 5 jam yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

oleh Wartawan Getaran