web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Henti Beri Tekanan Kepada Kedah - Sanusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 8:10PM

Pengarah Eksekutif Kumpulan BDB, Raja Shahreen Raja Othman (duduk, dua dari kiri) dan Presiden Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd., Yu Qiang (duduk, dua dari kanan) menandatangani MoU sambil disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (berdiri, dua dari kiri). - gambar BDB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mahu pihak tertentu agar berhenti memberi sebarang tekanan terhadap Kedah, yang disifatkannya tidak membantu dalam mengembangkan sektor pelaburan di negeri ini.

Menurut Muhammad Sanusi, tindakan sedemikian dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang mengepalai kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, beliau berharap lebih banyak kerjasama daripada agensi Persekutuan dengan pentadbiran negeri, dalam membangunkan sektor berkenaan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan Persekutuan yang telah menghulurkan khidmat bantuan dalam memudahkan lebih banyak pelabur ke Kedah.

“Saya juga menyeru lebih banyak kerjasama agensi Persekutuan kerana jika Kedah membangun, faedahnya turut dirasai Kerajaan Persekutuan.

"Hentikanlah sebarang tekanan, picitan, tenyehan atau apa-apa yang berkaitan, terutamanya dalam membangkitkan isu-isu utiliti seperti air dan elektrik yang sengaja digembar-gemburkan,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bina Darulaman Berhad (BDB) dengan Shanghai Youzhu Industry Co. Ltd. (Shanghai Youzhu) di Hotel Raia dekat sini, hari ini.

MoU tersebut ditandatangani bagi membolehkan kedua-dua pihak menjalin kerjasama untuk membangunkan pengurusan sisa industri secara inovatif di negeri ini.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, tumpuan perlu diberikan kepada kerjasama Persekutuan dan negeri kerana pembangunan ekonomi memerlukan ruang seluas-luasnya untuk melebar, merentasi kepentingan parti dan politik bagi membawa kesejahteraan kepada orang ramai.

“Janganlah kerana kepentingan politik sempit, kita memberi impak buruk kepada pelabur yang telah memasang niat untuk datang ke negara ini, khususnya ke Kedah.

"Ini permintaan khusus kepada pemain picisan politik yang mengambil kesempatan daripada isu berlegar di dunia politik, dan mengheretnya masuk ke sektor ekonomi.

“Mereka harus belajar lebih banyak dan mendalam kerana peluang ini (kedatangan pelabur) terlalu besar untuk dilepaskan," katanya.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi berkata, semua pihak perlu melupakan sengketa politik sempit dan memberi keutamaan kepada pembangunan sosio ekonomi serta taraf hidup rakyat.

"Saya memberi komitmen dan janji kepada rakyat Kedah untuk meninggalkan semua kepentingan dan aktiviti parti politik untuk beri keselesaan kepada semua orang yang mahu ke sini, tanpa melihat perbezaan warna dan memberi layanan adil.

"Inilah tekad dan azam Kedah 2035 bawah pentadbiran saya untuk kita lihat kebangkitan negeri ini menjadi 'The Greater Kedah'," katanya. – Getaran, 22 Januari 2024.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad