web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Perlembagaan Parti Halang Ahli Alih Sokongan Boleh Dipertikai Di Mahkamah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 9:09AM

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Tindakan sesebuah parti membuat pindaan pada perlembagaan masing-masing bagi menghalang ahlinya, terutama yang bergelar Ahli Parlimen, untuk mengalih sokongan kepada pihak lawan boleh dicabar di mahkamah.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana pindaan itu hanya boleh diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selain berpendapat kerajaan juga perlu meminda semula Akta Anti Lompat Parti bagi menutup kelompongan yang ada dalam akta tersebut.

"Apabila sesuatu parti membuat satu keputusan pindaan, hanya RoS yang (boleh) menentukan sama ada pindaan itu sah atau tidak selepas pindaan itu disahkan tetapi akhirnya, mahkamah yang akan tentukan sama ada pindaan itu mencukupi atau tidak.

"Pindaan kepada undang-undang adalah lebih baik untuk menangani perkara ini kerana ia lebih terperinci dan akan datang dari undang-undang itu sendiri daripada diterangkan di tempat lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) dengan topik Akta Anti Lompat Parti dan Kestabilan Kerajaan di sini semalam.

Turut hadir Presiden MPN Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.

Minggu lepas, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pindaan perlembagaan parti pada Januari tahun lepas menghalang Ahli Parlimennya membelakangi keputusan parti termasuk yang melibatkan sokongan kepada mana-mana individu sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, keahlian Ahli Parlimen UMNO yang menyertai sesuatu 'pakatan' yang tidak dianggotai parti berkenaan akan turut tergugur secara automatik.

Pada masa sama, Perlembagaan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga menyatakan mana-mana wakil rakyatnya yang tidak mengikut arahan parti dalam isu asas akan kehilangan keahlian secara automatik. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad