web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMK Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Tun Dr Mahathir

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 9:27AM

Ahli Majlis Kepimpinan AMK, M Sathasivam (depan tiga, kiri) selepas membuat laporan polis semalam, terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataannya dalam temu bual eksklusif dengan saluran televisyen satelit India Thanthi TV mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis semalam berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara.

Laporan itu dibuat oleh Ahli Majlis Kepimpinan AMK Pusat, M Sathasivam di Balai Polis Travers di sini.

Sathasivam tiba di balai polis itu pada jam 5 petang semalam dan selesai kira-kira sejam kemudian.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, selaku bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keamanan dan perpaduan kaum di negara ini.

Dr Mahathir juga, katanya, tidak perlu mempersoal kesetiaan masyarakat Cina dan India kepada negara kerana sebelum ini beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun adalah atas sokongan rakyat termasuk kedua-dua kaum.

"Kini bila kaum Cina dan India tidak lagi memberikan sokongan kepada dia, kami dikatakan tidak setia kepada negara.

"Tun (Dr Mahathir) perlu berhenti keluarkan kenyataan seperti itu, ia menggambarkan keadaan politik Malaysia tidak menentu dan akan menakutkan pelabur asing untuk melabur di sini," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pengelola PKR Pusat S.Thiban.

Sathasivam juga berkata pihaknya akan mengarahkan cabang AMK seluruh negara membuat laporan polis berhubung kenyataan itu.

"Saya yakin pihak polis akan menjalankan siasatan sepenuhnya terhadap laporan polis ini," katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran televisyen satelit India Thanthi TV mendakwa masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad