web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamad Sabu, Mujahid Antara 124 Calon Merebut 27 Jawatan Tertinggi Amanah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 4:16PM

Datuk Seri Mohamad Sabu akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan kali ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 124 calon akan merebut  27 tempat Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pemilihan parti sesi 2023-2026 yang akan diadakan serentak dengan Konvensyen Nasional 2023 pada 23 dan 24 Dis di Klang, Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dr Zulqarnain Lukman berkata antara yang menyerahkan borang pencalonan termasuk Presiden parti Datuk Seri Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Naib Presiden Adly Zahari dan Pengarah Strategi Amanah Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad.

Dalam pemilihan itu, Dr Zulqarnain menjelaskan perwakilan juga akan memilih calon bagi jawatan Speaker, Timbalan Speaker dan Juruaudit dengan kira-kira 1,100 perwakilan terlibat dalam proses pemilihan kali ini.

“Selepas tarikh tutup serahan borang pencalonan pada 13 Dis 2023, Jawatankuasa Pemilihan Parti Amanah Negara 2023 telah menerima 132 borang pencalonan merangkumi enam Amanah Negeri dan 126 Amanah Kawasan.

“Secara keseluruhannya, 202 nama telah dicalonkan untuk pemilihan kali ini dan selepas saringan kelayakan calon yang merangkumi jumlah pencalonan dan tahun keahlian, 58 calon ditolak pencalonannya atas faktor tidak mendapat pencalonan yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya dua pencalonan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut perlembagaan parti, kedudukan lima jawatan tertinggi termasuk Presiden ditentukan secara konsensus oleh 27 pimpinan tertinggi yang akan dipilih oleh perwakilan, dan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut.

Ia merupakan penggal terakhir bagi Mohamad jika terpilih sekali lagi untuk mengemudi parti yang mempunyai lebih 200,000 ahli itu.

Zulqarnain berkata Jawatankuasa Pemilihan parti akan menyiarkan senarai muktamad nama dan gambar calon di laman sesawang khas sebelum pemilihan berlangsung untuk membolehkan perwakilan mengenali calon masing-masing selepas pihak jawatankuasa menerima borang jawapan penerimaan pencalonan.

Beliau berharap kesemua calon dapat mematuhi garis panduan dan etika kempen yang ditetapkan dalam Tatacara Pemilihan parti. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 46 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad