web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Pecat Isham Dibuat Oleh MT UMNO – Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 5:15PM

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan memecat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO) Isham Jalil daripada parti itu dibuat oleh MT parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.

"Jawatankuasa Disiplin pun akan bawa ke Majlis Tertinggi, Majlis Tertinggi akan memutuskannya. Apa yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi itu adalah muktamad," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan Isham tidak diadili oleh Jawatankuasa Disiplin parti dan keputusan pemecatan itu dibuat oleh presiden parti.

Ditanya sama ada keputusan itu sebagai amaran kepada pihak yang mengkritik UMNO dan presiden parti, Ahmad Zahid berkata tindakan mengkritik presiden tidak menjadi pertimbangan bagi keputusan itu dibuat.

"Tetapi apabila menghina parti sendiri dan mengecilkan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ertinya tindakan itu dilakukan MT supaya tidak ada usaha ‘tikus membaiki labu’ ini dalam UMNO itu sendiri.

... Orang itu kalau ada lagi dalam UMNO akan rosak lagi UMNO," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Seri Idris Ahmad bahawa UMNO perlu berterima kasih kepada Bersatu kerana menjadikan UMNO sebahagian daripada kerajaan sebelum ini, Ahmad Zahid berkata PAS sepatutnya berterima kasih kepada UMNO.

"Datuk Seri Idris tak mengetahui apa yang telah dilakukan UMNO, sepatutnya beliau berterima kasih kerana sebelum itu beliau adalah pembangkang juga.

Pembentukan kerajaan ketika itu datangnya daripada sumbangan UMNO kerana ketika itu PAS hanya mempunyai 18 kerusi manakala UMNO dan BN secara keseluruhannya mempunyai 68 kerusi, sepatutnya mereka berterima kasih kepada UMNO," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 46 minit yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad