web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemecatan Isham Jalil Kerana Ganggu-Gugat Parti – Mohamed Khaled

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 4:29PM

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Isham Jalil daripada parti itu kerana tindakannya yang disifatkan mengganggu-gugat parti.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata anggota parti sepatutnya menggunakan saluran yang sesuai dan betul jika mempunyai pandangan dan ketidakpuasan hati atas sesuatu perkara dalam parti.

"Saya ingat itu soal disiplin...mana-mana ahli parti ataupun mana-mana parti terutamanya UMNO sekalipun sebagai sebuah parti yang besar, kita perlu pastikan tidak berlakunya tindak-tanduk seseorang ahli yang menggugat parti ataupun yang bercakap sesuka hati,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Mesyuarat MT UMNO pada 6 Dis lepas bersetuju memecat Isham daripada parti dipercayai susulan kritikannya terhadap UMNO yang dilihat bertentangan dengan pendirian parti sebelum ini dalam usaha memperkukuh Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Isham akan menerima surat berkaitan status keahliannya dalam parti itu pada masa terdekat.

Sementara itu, mengulas pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu Khamis lepas bagi menggantikan Isham, Mohamed Khaled berharap Menteri Besar Johor itu dapat mengimbangi tugas dan tanggungjawab selain terus menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti.

"Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz. Memang wajarlah kerana selama di Johor, siapa yang menjadi Menteri Besar, dia sepatutnya juga ambil tanggungjawab untuk menjadi pengerusi badan perhubungan,” kata Mohamed Khaled yang juga Menteri Pendidikan Tinggi. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran